Pages

Saturday, August 29, 2015

3 CARA MERANCANG KEHAMILAN


Merancang sangat penting dalam kehidupan seharian kita dari bangun tidur sehinggalah ke tidur semula. Ia tidak terbatas kepada amalan harian, malah untuk seluruh hidup. Apakah tujuan kita hidup? Untuk ke syurga atau ke neraka? 


Begitu juga dengan kehamilan. Apabila hamil, ke mana hala tuju kita, keluarga dan anak-anak seterusnya?

Merancang kehamilan ini sangat penting, akibat tersasar merancang, anak yang dikandungkan bakal menjadi insan yang tidak diingini. Saya terbaca artikel Dr. Hamid Arsyat, ada ibu yang tidak menginginkan kandungannya mencuba pelbagai cara untuk menggugurkan anak itu tetapi dengan kuasa Allah, anak itu hidup tetapi dilahirkan cacat. Usia anak itu telah belasan tahun, tetapi ibunya tetap tidak mahu menerimanya. Besar kesankan? Kalau ada iman di hati insya-Allah kita redha dengan rezeki Allah. Tetapi di dalam Al-Quran banyak Allah sebut tentang perancangan hari esok. Pentingnya kita merancang ini. Apakah cara merancang kehamilan? Berikut saya bawakan 3 cara merancang kehamilan:

1) Persediaan mental dan emosi. Elakkan mengandung secara eksiden. Kita boleh tahu bila kita subur dan bila tarikh tidak subur. Jika inginkan kehamilan, rancang sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal untuk membuat persediaan mental dan fizikal

2) Periksa kesihatan anda sebelum kehamilan. Digalakkan mengambil suplemen 3 bulan lebih awal. Satu satu punca 'morning sickness' atau pening dan mual ialah disebabkan faktor kesihatan iaitu tekanan darah rendah dan gula di dalam darah rendah. Ambil set lengkap kehamilan Shaklee 3 bulan sebelum hami. 

3) Persediaan rohani. Ibu bapa hendaklah membuat persediaan rohani kerana pembentukan dan perkembangan janin banyak bergantung kepada rohani ibu bapa itu sendiri. Kalau boleh, fahami al-Quran dengan fahaman yang sebenarnya bukan lagi dibaca sekadar dilagu-lagukan tanpa memahami sepatah perkataanpun.


Sekarang, nampak bukan pentingnya perancangan? Sebaiknya rancanglah kehamilan ini sejak dari awal perkahwinan. Berapa anak yang anda mahukan. Lihat usia anda. Sebaiknya jangan lengahkan perkahwinan kerana setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan tahun dikira. Wanita sebaik-baiknya hamil sebelum atau sehingga 35 tahun. Jika lewat, ada risikonya pula. Kalau anda kahwin usia 28 tahun, anda ada 7 tahun untuk mendapatkan zuriat, menyusukan anak dan berapa bilangan zuriat anda. 

Waktu kita hidup di dunia ini sangat singkat dan rugi jika dibazirkan untuk mengejar dunia yang tidak akan habis. 

Wallahu'alam.

1 comment: