5 MANFAAT MAKAN TELUR SETIAP HARI


2 hari lepas saya jumpa satu info pasal telur di blog Dr Hamid Arshat. Katanya kita sering ditakutkan dengan memakan telur selepas bersalin dan selepas pembedahan kerana katanya masyarakat kita ni beranggapan makan telur nanti luka lambat sembuh dan bernanah. Tidak pasti adakah ia fakta, cakap-cakap nenek moyang atau tiada asas? Lagi satu, ramai beranggapan bahawa makan telur menyebabkan peningkatan kolesterol. Ini, sayapun selalu dengar.


Kita tengok apa kata Dr Hamid Arshat tentang makan telur ni ya.

Satu kajian menunjukkan makan 1-2 biji telur setiap hari meningkatkan kesihatan badan  tanpa meningkatan tahap kolesterol di dalam darah. Ada kajian menunjukkan amalan memakan telur boleh mengurangkan risiko kanser payudara.


Berikut ialah 5 manfaat telur:


1. Mengandungi pelbagai vitamin iaitu A B D E K , logam-logam selenium, kalsium, zinc. Setiap biji telur mengandungi 77 kalori, 6 gram protein dan lemak baik. Telur ialah antara makanan terbaik.

2. Telur mengandungi kolesterol tetapi kajian menunjukkan memakan kolesterol tidak meningkatkan tahap kolesterol di dalam darah. Telur meningkatkan HDL (good cholesterol) yang penting untuk melindungi daripada penyakit jantung , angin ahmar dan pelbagai masalah kesihatan. Kajian menunjukkan makan 2 biji telur setiap hari selama 6 minggu meningkatkan tahap HDL sebanyak 10%. Telur yang diperkaya dengan omega 3 boleh mengurangkan triglycerides dalam darah dan seterusnya melindungi daripada serangan jantung.

3. Telur mengandungi Kolina yang berfungsi untuk membina sel membran di dalam otak dan ini penting untuk kecekapan fungsi otak. Telur ialah sumber terbaik bagi Kolina.

4. Telur mengandungi lutein dan zeaxanthine (antioxidants)  yang sangat penting untuk menjaga keutuhan retina di dalam mata. Kesannya ia mencegah daripada masalah-masalah katarak dan macular degeneration yang sering mengancam penglihatan kita.

5. Sebiji telur mengandungi 6 gm protein yang terdiri dari asid amino yang bermutu tinggi serta dalam nisbah yang terbaik. Protein ialah zat penting dalam pembinaan dan pembaik pulih semua sel tisu dan organ dalam tubuh. Memakan telor mempercepat proses baik pulih tisu-tisu selepas pembedahan dan luka daripada trauma.

Zat protein dan asid amino juga penting bagi meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Memakan 2 biji telur ketika  sarapan pagi juga memberi sumber tenaga dan kekenyangan yang lama. Dengan itu ia bolih mengurangkan ketagihan makan bahan2 yang tinggi kandungan gula dan karbohaidret. Kesan baiknya ialah mengurangkan berat badan.

Nampak gaya, lepas ni bolehah bagi anak-anak makan telur setiap pagikan. Kaya kolina tu khas untuk otak. Bagi Neurotransmitter anak-anak aktif. 

You Might Also Like

2 comments

  1. Dulu-dulu takut nak makan telur lepas bersalin. Orang tua-tua kata nanti bernanah MANFAAT MAKAN TELUR

    ReplyDelete
  2. aah kan..tp anak 1st sy suka sngt mkn telur..ari2 telur je menu dia

    ReplyDelete