Pages

Tuesday, August 18, 2015

7 TANDA AWAL KEHAMILAN

Bagi pasangan yang baru berkahwin, tanda-tanda kehamilan ini selalu menjadi tanda tanya maklumlah belum ada pengalaman. Tidak kurang pula yang sudah beranak-pinak. Kadangkala lupa tanda-tanda kehamilan, mungkin kerana faktor jarak anak terlalu berbeza dan si ibu perlu ambil tahu tanda-tanda ini supaya tidak membuat kerja-kerja berat dan mengambil jamu-jamu atau ubat-ubatan yang tidak sepatutnya.


1. Tidak datang haid
 

Jika kebiasaan haid anda teratur dan kali ini lambat, eloklah jika terus membuat ujian kehamilan dengan membeli kit pemeriksa kehamilan. Ujian ini untuk mengukur tahap hormon HCG di dalam air kencing. Jika ada 2 jalur yang tertera itu bermakna anda hamil dan perlu berhati-hati kerana anda sekarang berdua. 


2. Morning Sickness 


Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

3. Sembelit

 
 
 



Sembelit berlaku akibat peningkatan hormon progesterone menyebabkan usus memproses makanan lebih perlahan. Selain itu, dehidrasi dan kurang pengambilan serat juga boleh mengakibatkan sembelit. Banyakkan pengambilan serat, kekalkan diri dalam keadaan terhidrat.


4. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
 
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
 
5. Rasa penat dan mengantuk yang keterlaluan


Anda rasakan terlalu penat seperti membuat larian maraton. Perasaan ingin bermalas-malasan juga turut dirasakan. Keadaan ini berlaku kerana peningkatannya hormon Progesterone. Penurunan kadar gula dan tekanan darah juga turut menyumbang kepada perasaan penat, letih dan malas ini.

6. Kekerapan membuang air kecil
 
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap. Pengambilan air yang cukup untuk memastikan anda kekal terhidrat. 







7. Sakit kepala

 
 
Sakit kepala pada awal kehamilan ialah disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Gangguan sakit kepala yang dirasakan wanita hamil disebabkan oleh faktor fizikal, rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Selain itu, penyebab emosi pula ialah disebabkan faktor ketegangan dan tekanan. Peningkatan darah ke seluruh badan juga menyebabkan sakit kepala atau pening apabila berlaku perubahan posisi. 

Jika anda alami keadaan ini, elakkan pengambilan ubat-ubatan. 

Apabila anda sudah pasti tentang kehamilan, segeralah membuat temujanji dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.

Jangan lupa tentang makanan tambahan yang ibu-ibu hamil perlukan. Shaklee menawarkan 1 set ibu mengandung dari awal trimester hingga ke akhir trimester disusuli dengan makanan tambahan sepanjang berpantang malah boleh diteruskan apabila menyusukan anak. 

Berikut beberapa testimoni individu yang mengamalkan suplemen Shaklee sepanjang kehamilan. 
 
 
Berat turun 21kg selepas bersalin dan mengamalkan suplemen Shaklee untuk nutrisi hamil, berpantang dan seterusnya penyusuan.

 
 Hemoglobin tinggi tidak pernah rendah daripada 11 sejak pengambilan set hamil Shaklee. Tiada lagi masalah sembelit dan buasir. Pengambilan Zinc dan Ostematrix membantu mencegah buasir. Ostematrik mengatasi sembelit.
 
 Sepanjang hamil tiada rasa loya, bertenaga, lebih cergas dan kulit bertambah cantik.
 
Asalnya takut mahu ambil Vita-lea kerana dikhuatiri pening, tetapi apabila hemoglobin menjunam jatuh, percubaan mengambil Vita-Lea berjaya dan hemoglobin naik kepada 11 lebih.


Apakah set kehamilan yang disyorkan?
 
 

Saya sendiri pengamal tegar Shaklee sejak anak kedua berusia 1 tahun. Waktu itu anak menyusu badan sepenuhnya tetapi sangat kurus seperti tidak cukup zat. Sejak pengamalan Shaklee, tiada lagi masalah penyusuan. Sepanjang mengandungkan anak ketiga saya, saya mengamalkan dari sebelum mengandung, semasa, berpantang dan sehinggalah sekarang anak saya telah berusia 2 tahun 1 bulan. I.Allah dalam perancangan anak seterusnya dan set ini sentiasa dalam simpanan. Setiap hari pasti saya amalkannya. 

Jika anda berminat, hubungi saya: 

No comments:

Post a Comment