Pages

Saturday, August 15, 2015

CANTAS MALAS!! Buat donut.


Bangun pagi hujung-hujung minggu ni rasa liat sahaja. Terasa mahu cari sarapan di luar. Mahu makan soto. Tapi teringat kelas agama, batalkan niat, cantas sifat malas. Macam mana mahu cantas?
Mula-mula kenali sifat siapakah malas itu?

Malas sifat syaitan. Allah kata di dalam Quran 2:208 syaitan itu musuh yang nyata. Nyata maksudnya boleh nampak dengan mata kita. Kemudian pergi surah An-Nas 114. Syaitan yang membisik itu dari kalangan jin dan manusia. Maksudnya syaitan boleh dilihat, nampak dengan jelas. Jika kita, manusia ini membawa ciri-ciri syaitan, kitalah syaitan yang sebenarnya.

Allah kata jangan jadikan syaitan itu teman setia kerana ia menyesatkan. Jika kita ini syaitan, orang lain sebaik-baiknya jangan berkawan dengan kita. Kalau kita melihat tanda-tanda syaitan ada pada anak sendiri, cepat cantas. Ada nampak pembawakan ciri malas, terus cantas sebelum ia menjadi penyakit dan tabiat. Ada nampak teman-teman ada ciri syaitan, jauhi. Jangan ikut.

Maka, selepas cantas malas pagi ini. Terhasillah roti puri (buat untuk cicah kari ayam), dan donut. Doh dia ni saya buat hentam keromo sebab kalau donat kena lembut, alhamdulillah menjadi juga.

Semua campak-campak.

Bahan:

Tepung gandum (saya tak sukat)
Yis mauripan (tuang je, mungkin 1/2 paket)
Gula (3 sudu besar)
Garam 1 sudu kecil (agak-agak)
Minyak masak (tuang juga, rasanya ada dalam 2 sudu besar)
Air (sekadar adunan boleh diuli menjadi doh dan agak lembut)

Cara-cara:
Campur semua bahan dan uli doh sehingga lembut, kemudian perap dalam 15 minit tunggu doh kembang dan canai untuk dapat donut atau puri.

Selamat MENCUBA!!

Tak mahu malas-malas lagi ya.


2 comments:

  1. emmm dapnyer donut.i buat donut ke pau goreng mesti xjd.jd keras!! kejung bila goreng. macam mana nak dapat donut lembut gebu gebasss gituwww?

    ReplyDelete
  2. Doh kena lembut.. Melekat2 gitu kat tangan i.Allah jadi lembut..

    ReplyDelete