Pages

Saturday, August 29, 2015

KELAS AGAMA DI FTC SESI 14







Kelas agama di FTC sesi 14 berjalan seperti biasa semalam. Alhamdulillah banyak yang telah dipelajari. Saya rasa banyak, tapi Ustaz Shauqi kata 2% daripada Al-Quranpun belum kami belajar. Kalau jari dicelup di dalam air laut, kemudian jari itu diangkat. Apa yang tinggal? Itulah yang kami belajar hari ini, sedangkan Al-Quran itu seluas laut. 


Sepanjang sesi 14 ini ada peserta yang datang dan pergi, setakat ini saya ikuti kesemua 14 sesi, itupun jauh di sudut hati sudah tidak lama kelas ini akan berakhir, yelahkan takkan selama-lamanya ustaz Shauqi wakil daripada Rumah Pengasih Warga Prihatin ini akan bersama kami sedangkan banyak lagi tangggungjawab mereka terhadap RPWP sendiri dan terhadap manusia di luar sana yang mengalami 'PANAS' akibat bahang dosa dan neraka dunia. 

Nak tengok kita ini ada harapan untuk ke syurga ataupun tidak, lihat rumahtangga masing-masing, adakah sudah menaikkan Allah sebagai Pencipta atau masih ada sembahan-sembahan lain di dalam rumah?

Kenali ciri-ciri ahli syurga, mereka tersenyum sesama sendiri dan sentiasa memberi salam, lihat lagi diri sebagai isteri, adakah sudah seperti bidadari? Kenali pula ciri-ciri bidadarinya. Bidadari patuh dan taat kepada suaminya. Adakah kita ini yang berwajah masam mencuka, sepatah suami kata 100 patah kita balas. Layakkah syurga untuk kita?

Anak-anak kecil pula, anak-anak syurga cirinya tidak disentuh oleh manusia. Lihat anak sendiri, adakah mereka tidak disentuh manusia? Walaupun ibunya tidak bekerja tetapi berapa ramai yang memasukkan unsur-unsur lain atau lebih tepat 'tangan manusia'. Secara kasar mungkin tidak disentuh manusia tetapi secara diam-diam otak dan pemikiran mereka dicemari dengan gajet-gajet, internet yang dipasang semata-mata untuk melekakan anak-anak. 

Kalau nak cerita satu persatu panjang, 10 hari 10 malampun tak habis pasal Al-Quran ini. Paling terkesan daripada kelas agama anjuran FTC iaitu upline kami dalam kumpulan Jutawan ini, kami ditekankan dengan BERPUASA. Puasa yang dimaksudkan ialah puasa nafsu daripada keinginan untuk membeli-belah. Kekang belanja masing-masing. Ada sebab saranan ini dibuat, supaya kami tidak lagi menyembah duit. Bangun pagi nampak duit, pergi kerja cari duit, bisnes matlamatnya duit. Habis tu Allah di mana? 

Di dalam badan manusia ada 1 rongga. Rongga itu ialah hati. Jika bukan Allah di dalam hati, unsur-unsur lain akan masuk, sebab itulah kejar dunia sebanyak mana sekalipun tidak pernah akan puas. Sepanjang 3 bulan saya berpuasa alhamdulillah tiada lagi senarai-senarai untuk dibeli setiap bulan. Cukup makan minum, selebihnya PUASA. 


Di dalam gambar di atas, paling atas sebelah kanan adik Anis pelajar praktikal Unisza membuat praktikal di AIP menceritakan kesan dan pesan yang beliau dapat sepanjang praktikal di sana. 

Sebelah kiri, ustaz Shauqi Hasan wakil RPWP @ AIP yang sukarela menyampaikan ilmu setiap minggu kepada kami. Yang paling saya terkesan, warga RPWP mewakafkan diri mereka untuk Allah iaitu untuk pembangunan Islam. Mereka tidak mendapat sebarang gajipun berkhidmat di RPWP. 

Gambar bawah, sesi akad iaitu zakat atau sedekah daripada peserta untuk disampaikan kepada RPWP. Kemudian ada doa dibacakan. Setiap minggu, doa ini dibaca, ia sungguh terkesan di hati. 
Sesunggahnya sedekah itu menyucikan jiwa kita.

1 comment: