Pages

Wednesday, August 26, 2015

MAKAN RAMBUTAN MENGGAMIT KENANGAN






Rambutan oh rambutan. 


Sebelum ni kalau nak makan rambutan mesti teringat kampung. Mana tak nya kan, rambutan yang sampai di KL semua dah layu, lebam, terlebih masak, lepas tu harganya pula hmmm mengeluh panjang. Jadi memang tak belilah. Makanlah buah-buahan import je dalam Malaysia ni. Nak makan buah tempatan kena tunggu balik kampung. 

Setiap kali musim buah, memang teringat kampung, sobb sobb sobb. Bila balik kampung pula, menghadap sakanlah berjenis-jenis buah. 

Dijadikan cerita, minggu lepas kami sekeluarga pergi Bangi, di tepi-tepi jalan ramai orang jual buah. Tengok harga dia pula, 3KG RM10. Murahnya (agak murahlah berbanding di pasar raya). Tapi hanya sekadar memandang sahaja. 

2 hari lepas, lepas ambil anak sulung di sekolah, jalan yang biasa saya lalu tu ada orang jual buah. Rambutan 1KG RM4, beli 3KG dapat RM10. Sama macam di Bangi. Makan puas-puaslahkan. Bukan senang nak jumpa. Tengah tunggu cempedak pula ni. Katanya hari Khamis ni orang akan hantar. Sedapnya buat cempedak goreng. 

Sekarang, di mana-mana boleh menghayati hidup, tidak kira di kampung atau di bandar.

Setiap hari kena ada buah-buahan untuk anak-anak saya. Risau juga dengan macam-macam penyakit zaman sekarang. Penyakit rahim. Puncanya jika tidak menjaga makanan, tiada sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian, anak-anak mudah menerima jangjitan kerana imuniti rendah. 

Dalam masa sama, mereka dibekalkan Chew C dan Omega Guard untuk imuniti. Sayangi anak-anak sepertimana kita menyayangi diri sendiri.

2 comments: