Pages

Thursday, August 13, 2015

RESEPI KEK GULA HANGUS


Assalamualaikum. Hari ini terlebih rajin apabila terasa mahu mencuba resepi kek gula hangus ni. Bila buat, menjadi.. Alhamdulillah siapa tak hepikan hehe. 

Saya kongsikan dengan kawan-kawan resepinya ya. 
Bahan-bahan: 
1 1/4 cawan gula
1 cawan air panas
125gram butter
4 biji telur A
1/4 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya:
1. Masak gula di atas dapur dengan api perlahan. Tidak perlu kacau nanti melekat. 
2. Apabila gula sudah cair, masukkan air panas. Hati-hati kerana akan berlaku letupan kecil. Apabila gula dan air sebati, sejukkan. 
3. Cairkan butter dan sejukkan. 
4. Apabila semua bahan telah sejuk, pecahkan telur dan kacau hingga sebati, tidak perlu memukulnya, memadai sebati sahaja.
5. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. 
6. Tuang cairan butter ke dalam telur.
7. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan masukkan sedikit demi sedikit dan gaul rata. 
8. Akhir sekali, tuang gula hangus. 
9. Perap 3-4 jam untuk mendapatkan lubang sarang semut yang cantik. 
10. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.
11. Bakar di dalam oven pada api bawah sahaja 45 minit dan 5 minit api atas bawah. 


Siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment