Pages

Monday, August 31, 2015

REVIEW NASI ARAB AROMA HIJRAH

AROMA HIJRAH
Nasi Arab Aroma Hijrah


Pagi ini saya nak buat 'review' tentang Nasi Arab Aroma Hijrah yang bertempat di Shah Alam. Semalam kali kedua kami satu keluarga berkunjung ke sana. Minggu lepas tidak puas makan, teringat-ingat hehe. Itu yang semalam pergi lagi. 

Menu pilihan kami ialah Nasi Arab campur yang terdiri daripada mandhy, kabsah, maqlubah. Lauknya kami pilih 'all lamb'. Kalau pilih ayam nanti tidak habis ayamnya sebab kambing sangat sedap. Apa yang saya boleh katakan, kami berpuas hati dengan nasi arabnya. Sedap sehingga menjilat jari. Satu talam ini hidangan untuk 4-5 orang. Tapi kami 5 beranak sahaja 3 kecil 2 dewasa, ada lebih dan kami tapau sahaja bawa balik. 

Harganyapun berpatutan. Kalau tak silap semalam RM95 satu talam, all lamb, dengan sejag air. Pilihan kami Rina Mango. Makan nasi arab teringat Madinah dan Mekah semasa umrah kami anak beranak tahun lepas.

1 comment:

  1. salam kenal... jemput join giveaway contest kita yer :D kita ada souvenirs dari Europe nak kasi :D banyakkk :D

    http://jindrisska.blogspot.com/

    ReplyDelete