Pages

Wednesday, September 16, 2015

HARI KELUARGA DI TERATAK RIVERVIEW

 

Hujung minggu lepas pada 12 dan 13 September, Dewan Pemuda Pas kawasan Kelana Jaya telah mengadakan hari keluarga di Teratak Riverview Perak. Program ini bertujuan merapatkan ukhuwwah keluarga sesama ahli dan menyatukan hati-hati ahli supaya lebih mudah untuk membuat gerak kerja Islam. Lepas hari keluarga, para pemuda hari-hari ada kerja dan ada 'meeting'. Jemaah tak perlukan kita tapi sebagai manusia biasa kita perlukan hidup berjemaah. Jadi, buatlah kerja-kerja Islam amar makruf nahi mungkar.

 
 8 keluarga 2 lelaki bujang yang menyertai hari keluarga ini


Mula-mula sampai, selepas sesi taklimat kami melawat kawasan, nak menyeberang sungai dari tempat penginapan ada jambatan gantung. Naik juga. Uiiii ngeri. Tapi kalau tak melangkah, selama-lamanya ketakutan tidak akan hilang.

Tak sabar nak terjun dah tu

 

Salah satu aktiviti melawat kawasan. Berendam di dalam air sungai yang sangat sejuk. Saya duduk dalam air dalam keadaan paksa rela. Lepas ambil gambar cepat-cepat bangun hehe. Lepas tu ambil masa sikit untuk mandi. Sejuuukkk..




Aktiviti malam, barbecue kambing, ayam, sosej dan kentang. Nasi gorengpun ada disediakan oleh pihak Teratak Riverview. Kami tempah sahaja.

Ada satu gambar tidak ada iaitu aktiviti kanak-kanak, menonton rancangan Muhammad utusan akhir (rasanya tu dah tajuk dia, CD kartun tu).

Lagi satu, aktiviti pemuda, mereka ada qiamullail kemudian lepas Subuh sambung tazkirah.




Lepas tazkirah, sarapan kemudian jam 8.30pagi berkumpul untuk sukaneka. Part ni paling best sebab satu keluarga terlibat. Permainan ibu dan ayah, anak-anak, ayah-ayah, ibu-ibu.


 
Ada orang tu lupa dia mengandung hehe. Mentang-mentang tak ada morning sickness. Pening-pening sikit, lawan. makan. Kemudian gigitlah asam. B-Complex Shaklee sangat membantu mengelakkan morning sickness ye.

 
Aktiviti kanak-kanak. Ada cari gula-gula dalam tepung.

 
 Ada masukkan air dalam botol
Ada baling belon berisi air kepada orang belakang
 
 



Aktiviti terakhir sukaneka. Para ayah pula beraksi. Yang ni saya tak perasan apa mainannya sebab waktu ni anak-anak ada dah mula meragam, ayahnya suruh masuk bilik dulu. Saya bawalah 2 beradik ke kantin. Sekejap sahaja ayahnya sampai. Cepat pula. 


Sebelum balik, kami beramai-ramai sempat lagi main air hehehe. mandi sungai lagi 1 round. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sungguh, rindu hidup berjemaah. Bila Shakleeans bawah Jutawan Shaklee dah dapat Al-Quran, masing-masing mahu hidup berjemaah, ada syuronya, ada kebajikan ahlinya. Syukur sangat-sangat satu langkah yang baik mencari redha Allah.


2 comments: