KORANG TAHU TAK VITA-LEA IRON MENCEGAH ANEMIA?


Panjang cerita siang tadi. Disebabkan kandungan saya dah 12 minggu 6 hari, maka berpagi-pagianlah kami ke PPUM untuk register 'check up'. Sampai PPUM, dukacita dimaklumkan bahawa kena buat 'appointment' terlebih dahulu, dan tarikh ditetapkan ialah 8/12/15. Lambatnya lagi, waktu tu dah 5 bulan lebih. 

Kata 'nurse' yang jaga kaunter, appointment di PPUM dah penuh, jadi kena datang bulan 12 dan sementara tunggu tarikh tu kenalah cari klinik ibu anak kawasan terdekat. 

Memang agak 'frust'. Tapi siapa suruh datang lambat. Dah nak masuk 13minggu baru pergi PPUM. Padan muka pada diri sendiri. Sibuk memanjang sampai lupa diri hehe. 

Lepas keluar PPUM kami suami isteri tekun cari KKIA terdekat, sebelum ni KKIA Taman Medan tapi kawasan kami sekarang Taman Medan dah tak 'cover'. Maka jumpalah KKIA Seksyen 19 Shah Alam. Sampai tu jam 10 pagi lebih. 'Nurse' suruh datang petang jam 1.30petang. Balik rumah dulu kemudian 1.30 datang balik. 

Kalau ikut baran saya ni memang rasa nak mengamuk haha. Tapi kena tuding jari pada diri sendiri, adalah tu hikmahnya. Dah prosedurnya macam tu, jangan salahkan orang lain pulak untuk kepentingan diri sendiri. 

Petang tadi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 'Nurse' semua baik. Siap berborak lagi, dah tu diorang tanya saya bisnes sendiri tu bisnes apa? Saya jawablah suplemen dengan tudung. 

Tudung apa? 

Tudung Alya Sarah. Tu bisnes famili saya, sebelum saya fokus Shaklee nipun memang jual tudung tu, tapi lepas fokus sepenuhnya Shaklee saya lepaskan dululah. 'Nurse' suruh saya bawa tudung hitam @ kelabu untuk 'next appoinment'. Pergghh. Siap berniaga lagi hehe. Dahsyatkan. Tudung ni siapa nak, boleh je saya pergi ambil dekat butik. Sekadar sampinganlah. 

Oh ye, sekarang saya dalam langkah mengetengahkan Werda. Produk terbaru keluaran Wakaf Enterprise untuk dana warga Prihatin. Tolonglah promosi mana yang patut. I.Allah, keuntungannya masuk bawah Prihatin. 

Kemudian pergi ke bilik doktor, buat scan. Doktor bagitahu kantung cantik sangat, dah terbentuk, degup jantung baby pun dah ada. Alhamdulillah. Mengandung di dalam rahim. 

Doktor tanya, nak anak berapa orang? Saya jawablah 6 kan.. Terkejut doktor, ramainya. Saya gelak. Sebab mengikut perancangan asal kami suami isteri, sampai umur saya 35 tahun sempatlah 6 orang. Melahirkan anak sejak berusia 23 tahun. Ada 12 tahun untuk rancang 6 anak. Menyusu penuh 2 tahun 1 bulan. 

Lepas tu doktor tanya, ada muntah teruk tak sepanjang hamil? Saya jawablah tak ada. Pening-pening sikit. Ada sekali tu saya pening sangat, saya pergi muntahkan. Ngeh ngeh ngeh. Gosok gigi kuat-kuat. 

Doktor kata, patutlah nak 6 orang anak. Alhamdulillah rezekikan. Sebelum mengandung anak pertama lagi 'preparation' menghadapi saat-saat kehamilan dah dibuat. Pengambilan asid folik lebih awal untuk mengelakkan morning sickness. 

Lagi satu doktor bagitahu semakin ramai anak, risiko untuk hemoglobin rendah, tinggi. Risau juga tu. Langkah pencegahan, ambil Vita-Lea 2 biji, B-Complex 2 biji, Vita C 2 biji. 

Anak sebelum ni dah amalkan Shaklee, alhamdulillah tiada masalah hemoglobin rendah. Sejak mengamalkan Shaklee ni kesihatan saya semakin baik. 


Apa persediaan anda untuk kehamilan? 

You Might Also Like

0 comments