BUN BY JARI-JEMARIKU

Semalam punya hasil kerja. Bun by jari-jemariku. Dinamakan jari-jemari sebabnya uli pakai tangan, Bread maker tak ada. Pernah request dengan suami boleh tak nak beli. Rejected hehe. Suamipun faham dan masak sangat dengan perangai isterinya ni. Setahun sekali belum tentu angin rajin tu datang. Banyak dah bukti pembelian alat-alat canggih. Tak gunapun.  Jadi, betullah tindakan suami tu. Dan sekarang, dah tak teringin nak beli bread maker sebabnya saya dah pro menguli pakai tangan. Uli sekejao je tanpa guna banyak tenaga. Siap donut dan bun gebu(taklah segebu kat kedaikan. Kedai letak macam-macam improverlah softenerlah). 

Ramai pula yang tanya resepi roti ni. Saya ni pula tak pernah ikut resepi asal. Kalau belajar ni boleh masuk kategori C student. Sebabnya cikgu cakap lain saya buat lain. Tak akan follow 100%, sekadar tahu bahan, cara buat, lain-lain sukatan agak-agak. 

Bahan-bahan:

Tepung gandum (Saya pakai cap bunga Ros, agak-agak dalam 300g lah)
Yis (Mauripan setengah paket)
Air (Pakai tuang je, saya lebihkan air dan buat doh lembik sampai melekat di tangan.
Gula (lebih kurang 3 sudu besar)
Secubit garam
2 sudu besar plain yogurt
Susu pekat (semalam lupa letak hehe)
Minyak masak (dalam 3 sudu besar)
Baking powder (lebih kurang 1 sudu kecil)


Cara-caranya:
 
Gaul semua bahan di atas dan uli sampai lembut. Bila dah agak lembut (saya uli macam tak sampai 10 minitpun hehehe nampak sangat pemalasnya, kalau lebih uli nanti roti jadi liat).
Bila dah siap uli, doh akan melekat di tangan, waktu tu ambil sedikit minyak sapu di tangan, kemudian bentukkan doh sampai jadi bulat. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. 
 
Dah naik tu, tumbuk doh keluarkan angin, bentuk-bentukkan doh jadi bulat masukkan dalam bekas bakar macam gambar atas sekali tu. Rehatkan lagi 2 kali ganda membesar, sebelum bakar, spray doh dengan air barulah bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit atas bawah. 
Siap masak, sapukan roti anda dengan butter supaya berkilat dan lembut. (Saya tak sapu sebab tak tahu lagi semalam, baru je mununtut ilmu). Ok siap. Sedap buat cicah Reevo, Milo, Kopi panas-panas. Nak makan macam tupun sodap aiihh..


Siap dibakar (Sapu butter ye)
Texture roti (gebu gitu)

You Might Also Like

0 comments