FOOD REVIEW ME'NATE STEAK HUB

 

Semalam cuti awal Muharram, tapi tak pergi mana sebab suami ada hal dari pagi sampai petang. Kami anak beranak kat rumah ni makan apa yang ada. Maknya masak bubur kosong makan dengan sambal bilis nogori beli dengan kawan. Tengah hari buburnya licin. Lepas tu makanlah buah yang bertimbun suami beli. Petang tu suami telefon ajak keluar. Tanya ke mana tak jawab. Ikut jelah. Kebetulan perut dah lapar (masa makan buah tu penuh perut rasa tak larat nak bangun. Sebabnya, bukan makan tapi melantak).

Tiba-tiba suami berhenti depan kedai ni. Oh tidak, kedai nikan mahal. Habislah. Suami kata ikut jelah. Turun tu tengok semua orang makan beef steak je ni. Nama lagi Steak Hub kan. Orang yang datang sini memang nak makan steaklah. Dah alang-alang suami belanja, order jugalah steak, suami yang pilihkan dagingnya. Setiap saiz dan jenis daging berbeza harga. Janganlah pilih yang beratuskan. Ada Snow Wa'gyu yang paling best, tapi pilih saiz masing-masing. 

Suami pilihkan untuk saya nipis je (tapi sangatlah besar, nipis dia tu jauh lagi tebal daripada kedai biasa). Suami punya tebal sikit daripada saya. Hidangan kami setiap 1 steak tu tak sampai seratuspun. Ingatkan beratuskan, pernah viral sampai beribu-ribu tu entah apalah yang mereka pilih. 

Makanan selain steak sangatlah murah, contohnya pasta. Beef Bolognese dan Sausage Bolognese baru RM10 sepinggan. Kalau tak silap meatball with fries pun baru RM10. Menu kanak-kanak katanya tapi banyak. Berbaloi sangatlah. 

Siapa yang makan steak, PERCUMA air. Minumlah air apapun boleh. Kalau tak setiap air tu RM3.90, RM6.90. 



Snow Wa'gyu Steak
Atas tu menu suami. Dah sentuh sikit baru teringat nak ambil gambar. Isteri nak buat food review punya pasal ni hehe. Ni dagingnya tebal. Cara masak berbeza dengan yang saya punya. 

Cara masak daging
 Pilihan masakan yang kita nak pun boleh pilih nak yang macam mana. Daging suami saya pilih tu Medium Well. Sedap!! Sedap sangat sebab dagingnya tak kering, juicy gitu. Saya punya Well Done. Dagingnya agak kering sebab masak betul-betulkan. Kalau Well Done tu the WORST EVER steak to enjoy, a non healthy cook. But the choice are yours. 

Bila masak betul-betul, segala jenis protein dah dimusnahkan. Memang tak sihatlah. Apa yang kita makan hari-hari tu memang masak betul-betulkan. Tak bagus untuk sumber protein. tak masak kang, jadi penyakit lain pula. Hmmm..

Oh ye, gambar-gambar makanan lain tak pula saya ambil hehe. Sekarang dah tekad, kat meja makan, no HANDPHONE. Jadi minta tolong suami je ambilkan satu. Oklah ye. Bolehlah kalau anda nak cuba. 

Saya suka cuba makanan-makanan ni lepas tu akan fikir, macam mana cara nak masak tu ikut lidah masa kita rasa masakan tu. Boleh tahu sikit-sikit apa yang mereka letak, bolehlah buat sendiri lepas ni. Lupa pula, Mashed Potato dan Coleslaw tu sedap amat-amat. Mashed potato terasa butternya. Coleslaw terasa fresh sayurannya dan hirisan sayur tu halus, nipis je. Kena betul dengan tekak saya ni. 

Spagetti dia lain daripada yang lain sebab biasanya spagetti tak pedas, kat situ pedas pula. Anak-anak kurang suka. Harga untuk 4 menu tu tak sampai 200 pun. Itupun sebab order 2 beef steak. Kalau order menu biasa, lagi murah daripada kedai Western Food kat luar sana. Itulah sedikit review daripada saya tentang Me'nate Steak Hub.

You Might Also Like

1 comments

  1. Terasa nak cuba jugak. Jarang dpt steak yg betul betul "steak". Huhu. Thanx.

    ReplyDelete