HIMPUNAN FASTAQIM H60K



Pertama kali saya join himpunan sejak berkahwin ni. Zaman anak dara dulu pernahlah. Siap kena kejar polis lagi hehe. Perasaan tu memang Rare, tak boleh dijual beli. Kali ni suami bawa kami anak- beranak.
Nak kata berhimpun betul tu tak juga, dalam gambar, kami di dalam stadium jam 5.30petang, awan nampak sangat gelap, terpaksa keluar dulu cari makan, cari tandas. Maklumlah Mak Yong ni kekerapan ke tandas tu memang tinggi. Anak-anak darapun kena pergi tandas, kang ada yang minta ke tandas tengah-tengah berhimpun, naya. 
Selepas makan, ke tandas, waktu dah nak masuk maghrib, kami menghala semula ke stadium, tapi waktu tu penuh, memang tak boleh masuk dah. Anak-anak dah nampak penat. Kami sempat hampar tikar bawah pokok maghrib tu. Suami tinjau kawasan. Katanya memang tak ada ruang dah. Tambah lagi si kecil pakai stroller. 

Jam 8 lebih tu kami menghala ke kereta, pertama kali dalam sejarah anak-anak dara yang 2 orang (tak masuk si kecik tu) tak berbunyi langsung. Mulut diam tanpa bicara, biasanya pantang berjalan jauh sikit mesti mulut bising. Penatlah tak laratlah. Mata masing-masing kepelikan melihat penuhnya manusia di stadium. 

Masing-masing erat pegang mak ayah mereka. Bahaya tu kalau tercicir, susah dah nak jumpa. 
Mula petang tu line dah tak ada. Biasalah program pembangkang. line akan disekat, nak telefon, sms, whatsapp, online langsung tak boleh. Memang kena ada walkie talkie suami isteri. Kalau terpisah susah dah. 



Jam 8.30 malam, suami buat keputusan balik Besut dulu (rumah ayah saya), yeaaa boleh balik kampung. Tidur semalaman esoknya pergi KT pula, rumah mak mentua. 


Semalam sampai USJ. Perjalanan yang penuh erti, 3 tempat 1 masa. Alhamdulillah. Walaupun tak sempat dengar ceramah, tapi roh itu ada.. Rasa bahagia. 

You Might Also Like

0 comments