Pages

Thursday, October 29, 2015

JANGAN MIMPI BISNES BESAR KALAU JUAL KARIPAP SEBIJIPUN BELUM MAMPU



Bila baca tajuk post ni apa perasaan anda? Saya ikuti post di FB Puan Ainon Mohd. Dari awal berkecimpung dengan Shaklee hinggalah sekarang. 

Puan Ainon banyak cerita real bisnes kehidupan asli para peniaga di luar sana. Bagaimana bisnes bangun dan lingkupnya. Dan bagaimana peniaga MLM terperangkap dengan hutang. 

Seperti anda sedia maklum, Shaklee yang dikelolakan oleh kumpulan Jutawan Shaklee memang tidak terlibat dengan aktiviti mengejar pangkat dengan berhutang. Beli stok ribu riban. Yang tu memang tak ada. Tapi yang adanya ialah, mata mula kelabu apabila bonus telah berkepuk-kepuk masuk akaun bank. 

Pada saat ini, ramai yang berani berhenti kerja dan membuat komitmen dengan bank. Hasil keyakinan, dengan pangkat sekian-sekian tidak akan mengalami kejatuhan. Pada saat MLM tengah BOOM, puan Ainon ada sebut, sesuatu bisnes akan mengalami keluk yang tidak stabil iaitu permintaan sangat tinggi kerana pada saat ini fenomena berlaku. 

Suatu masa, fenomena akan jatuh dan bisnes akan seperti sediakala dan kembali ke keluk asal. Itulah permintaan bisnes yang sebenar. Semua yang puan Ainon sebut telah TERBUKTI. 

Pada saat ekonomi jatuh, ramai yang tersungkur tambah-tambah lagi yang telah berhenti kerja suami isteri dan memegang tanggungan yang sangat besar. Lap peluh.. 

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum papa. 

Kembali kepada kisah karipap di atas, saya terfikir-fikir juga mahu jual apa yang permulaannya dari dapur sendiri. Setelah ditapis-tapis, aduuhh semua tidak mampu. Sampailah beberapa hari lepas , anak sulung saya promot biskut coklat kepada kawan-kawannya. Laku keras!!! 

2 singgit 2 singgit 2 singgit!!!! 

Sebenarnya tiada untungpun hehe. Sebagai permulaan, galakan untuk si kecil yang berusia 7 tahun berniaga. Maksudnya, anak inilah yang akan memiliki sebuan syarikat gergasi apabila dewasa kelak. 

Saya sendiri masih bisnes Shaklee, base yang saya bina 3 tahun lepas agak kujuh alhamdulillah kerana ia daripada sharing di blog dan FB, pelanggan tidak pernah putus. Jika naik disebabkan fenomena, akan tersungkur dengan tersungkurnya fenomena. (Tapak perniagaan tiada, hanya tertolak kerana ombaknya tinggi). Saya terselamat daripada sebarang hutang, boleh jadi kalau saya rakus, saya akan mengalami nasib yang sama seperti nasib-nasib yang pernah diceritakan Puan Ainon sebelum-sebelum ini. 

Nota: mahu mulakan bisnes, pastikan ia bermula dari bawah. Tiada yang indah dan mudah menanti anda. Rancang kewangan anda sebaiknya. (Pesanan ini juga untuk saya sendiri yang baru mula bertatih)

No comments:

Post a Comment