Pages

Saturday, October 3, 2015

KELAS INSTAGRAM DI FTC


Hari ni dari pagi sampai ke petang kelas di FTC. Lepas Maghrib baru balik sebab takut sangkut tengah jalan waktu Maghrib tak solat lagi. Anak-anak lagi merengek selepas seharian. 

Langkah selamat solat dululah. Saya buta instagram sebelum ni. Hari ni kelas RM30 je pun tapi banyak info dapat. Insta ni lebih kepada gambar. Cakap-cakap tak perlu sangat. Jadi nak jual kat orang perlu ada follower ramai. Macam mana nak ramaikan follower tu? Haaa yang tu kena belajar. 

Tadi dah belajar, lepas kelas terus ramai follower. Seronok pula belajar benda baru ni. Blogging nipun dah best. Hari-hari mesti update baru google suka cari kita.. Kalau hidup segan mati tak mahu kesannya pun macam tulah juga. 

Buat apa-apa, semuanya kena buat sungguh-sungguh tak boleh buat sekerat-kerat. Tapi nak buat tu mencabarkan. Itulah realiti kehidupan. Kita akan dapat apa yang kita usahakan dengan izin Allah. Ia tidak akan datang bergolek-golek jika hanya kita zikirkan di bibir. 

'Aku nak bisnes ni... Nak bisnes pakai blog, pakai insta, tapi buatnya tak'. 

Memang tak ada hasillah. 

Sama juga jika kita zikir-zikir kepada Allah dengan tujuan rezeki datang secara tiba-tiba. AJAIBnya.. Tidaklah begitu ye. Mesti ada kerja buat barulah ada hasilnya. 

No comments:

Post a Comment