MENGIDAMKE NAFSU?




Hoho haru biru baru ni tiba-tiba terasa nak makan Durian Crepe. Cari di Mydin tak ada. Suami kata dah tak ada kedai tu. Signboard pun dah ditanggal. Sedihnya.. Mana nak cari ni.. 

Surf punya surf internet tu, jumpalah pembuat Durian Crepe area USJ ni juga. Fuuhhh lega.. Tengah hari tadi pergi ambil 2 bekas, dalam kereta juga habis. Anak-anak berebut makan dengan mok dia ni.. Berebutpun moknya dapat 4 ketul. Puas hati. Sedap sangat. 

Tapi, lepas dapat terus hilang keteringinannya tu. Inikah namanya mengidam? Dalam masa sama tengok orang post makanan di FB semua daku terliur. Tu bukan mengidam dahkan, lebih kepada NAFSU. 

Memang patutlah suami suruh istighfar je hehehe.. 

Siapa yang tinggal area USJ boleh cari beliau di USJ 16. No telefon 012 595 5375 - Puan Su

You Might Also Like

0 comments