POSTO 5 OKTOBER 2015


Kejadian di pejabat pos semalam. Ceritanya macam ni. Saya sort order siap-siap dekat rumah tapi barangnya ada yang belum sampai. 

Semalam Gdex dah hantar barang ke kilang suami saya, staf baru nak turun posmen dah choww.. Grrrr.. Dahlah dari minggu lepas orderkan. Siap tumpang alamat suami lagi sebab tengah hari saya selalu tak ada kat rumah. Tapi Gdex Sungai Buloh tu lari macam tu je dengan alasan banyak barang dia nak hantar tak boleh tunggu dan tak boleh patah balik (bila saya call ofis diorang). Ikut hati memang angin. Dahlah saya ni memang jenis baran. Tapi.. Orang suruh repot tak sampai hati pula, itukan sumber pendapatan posmen tu.. Jadi nak selesai packing tak boleh barang tak lengkap. Kebetulan semalam order Omega Guard 21 botol, GLA 7 botol, Vita-E 6 botol dan produk-produk lain dah ada 'ready stock' kat rumah. 

Terfikir-fikir macam mana nak pergi sendiri ke HQ lepas tu packing dan pos barang. Macam tak mampu je. Maka, minta bantuan hayat suami pula. Minta suami temankan ke HQ beli barang sama-sama dan pos sama-sama. 

Gambar atas tu baru selesai packing di pejabat pos. Saya masukkan barang suami tukang seal. Fuuuhhh.. Nasiblah pejabat pos buka sampai jam 8 malam. Selesai 12 pack order. Order semalam hold hari ni pula sebab stok tak cukup kena tunggu lori Gdex hantar lagi sekali hari ni. Kalau buat hal lagi memang krna repotlah. Hehe. Dahlah kilang tu ada cctv. Boleh nampaklah Gdex datang sekejap, staf tak sempat turun dah blah macam tu je.. 


First and last lah guna khidmat GDeX Sungai Buloh tu. Kilang kawasan Bukit Jelutong, gdex Sg Buloh yang cover kawasan tu.

Hehehe. Apapun syukur alhamdulillah order bertalu-talu masuk. Gdex tu ujisn kesabaran yang sedikit sahaja. Betul tak? Nak bisnes hati kena cekal. 

You Might Also Like

0 comments