Pages

Wednesday, October 28, 2015

RAWATAN MENGANDUNG DAN PERGIGIAN PERCUMA DI SINI



Saya nak kongsi tentang klinik kesihatan kerajaan ni. Best!!!..

Bagi anda yang dapat PERCUMA rawatan di hospital swasta boleh sahaja pergi ke sana. Untuk saya yang tak ada company yang cover, klinik kerajaanlah pilihan terbaik. Lagipun sekarang ni cepat sangat servisnya. 

Pagi ni saya ada check up, kena minum air gula sebab ada family history diabeteskan. Anak-anak sebelum ni tiada GDM alhamdulillah. Manalah tahu kot-kot yang ni lain pula kan, lagipun nak masuk 4 orang anak. Badan dah tak fit macam zaman anak dara. 

Berat naik sikit je 300gram. Nurse dah pesan minggu lepas kena naik 500g je bukan 5kg. Jadi, makan memang jaga betul. Karbopun dah kurang. Sebab pening dah kurang. Malampun jarang makan. Rajin meroti tapi makan sikit-sikit je. 

Protein ESP dan Cinch ambil. Set suplemen hamil Shaklee pun makan. Hemoglobin cantik 11.7. Protein dalam darahpun tak ada alhamdulillah. 

Ambil darah untuk MGTT jam 8.10am. Kena ambil darah lagi sekali jam 10.10 am. Siap check up perut 9 am lebih. Apa nak buat dalam tempoh sejam lagi ni. Sayapun naiklah ke klinik pergigian dalam klinik kesihatan ni juga. Mengisi waktu lapang hehe. Maklumlah PERCUMA. 

Tunjuk sahaja buku pink kehamilan tu, ambil nombor lain daripada orang lain. Tak sampai 10 minit doktor dah panggil. Orang lain ramai lagi. Baru tahu ada keistimewaan ibu hamil ni. Suka suka suka. Siap tampal gigi PERCUMA. Kalau pergi swasta dah habis RM100. 

Ok, jam dah 10.10am. Saya pergi ambil darah dulu ye. Sambil-sambil je kan. Siap update blog lagi hehe. 

No comments:

Post a Comment