Pages

Monday, October 26, 2015

SAKIT MATA KETIKA HAMIL?


Musim-musim jerebu ni memang agak kritikal untuk kesihatan mak yong. Asal keluar rumah je, balik mesti tak sedap badan, tak sedap tekak. Paling ketara mata mula gatal. 

Alergi mengandungke ni? Tapi ramai pula yang bagitahu mereka alami perkara sama. Memang sebab jerebulah nikan. 

Minggu lepas pergi Kelantan saya ingat nak cari Eye More untuk legakan gatal-gatal mata di KPJ Perdana. Sekali receptionist kata kena pergi jumpa doktor. Alaahai. Tak rajinlah pula. Kebetulan adik ipar Pharmacist (alhamdulillah walaupun saya ni surirumah je tapi dikelilingi doktor pakar, doktor-doktor, pharmacist, dietition, terbaru mak tiri sayapun lecturer nurse, rujuk mereka sahaja). 

Saya tanyalah apa yang paling sesuai untuk ibu mengandung ni dan yang paling selamat. Kata pharmacist, eye more selamat, tapi kalau teruk doktor akan bagi eye drop yang ada antibiotik sikit (kena pergi kliniklahkan nak tengok tahap teruk dan kritikal macam mana). 

Semalam belilah eye glow ni.. Eye more dah tak ada ye? Hehehe. Lama tak beli. Dulu eye more ni boleh beli di mana-mana. Sekarang cari di stesen minyakpun tak ada. 

Ok. Lepas buka, pastikan lepas 4 minggu buang ye. Jangan pakai lagi.

No comments:

Post a Comment