SARAPAN APA TU? DONUT


Menu kami pagi ini ialah, donut. Asalnya nak singgah kedai beli bihun sup. Tapi purse tertinggal. Anak kedua apa lagi, demandlah.. 

'Umi buatlah donut'.

Campak-campak, gaul, uli, siap.. 

Bahannya tu senang je, ikut apa yang ada kat rumah. 

1) tepung gandum 
2) Yis 
3) Gula
4) Garam
5) Minyak
6) susu segar sikit (sebab ada dalam peti) 
7) air

Gaul semua bahan, lembik sikit ye.. Pastu bila asyik melekat je doh, saya tuang minyak untuk leraikan lekatan doh. Bolehlah jadi bulat. Perap dulu. 

15 minit tu doh dah naik, tuang minyak dalam talam (tak boleh tuang tepung sebab doh lembik, tuang minyak tak bagi melekat). Bentukkan bulat, buat lubang kemudian rehatkan doh bagi naik semula, sedia untuk digoreng. 


Siap. Makan dengan gula aising (nak blend gula pasirpun boleh tapi i am 'rajin' terlebih, gula aising jelah) 

Makan...


You Might Also Like

1 comments

  1. wah idea baru letak minyak pasni boleh cube plokkk

    ReplyDelete