Pages

Tuesday, November 17, 2015

CHOCOLATE CUPCAKE PALING MUDAH


Ceritanya begini, anak sulung saya akan adakan jamuan di sekolahnya Isnin, 16 November. Jamuan akhir tahun. Si kakak asyik tanya umi nak buat kuih apa. Adoilah anak, umi tidak ada idea. Maka, terhasillah Chocolate Cupcake ni pagi semalam selepas tengok Youtube (resepi paling mudah). 

Bahan-bahan: 

1) 1 1/3 Cawan Tepung gandum
2) 1/2 cawan serbuk koko
3) 1 cawan gula kastor
4) 2 sudu kecil Baking Powder 
5) secubit garam

Gaul kesemua bahan di atas, kemudian tambah; 

6) 1/2 cawan minyak sayuran (saya pakai minyak masak sahaja) 
7) 2 biji telur
8) 1/2 cawan susu segar 

Kacau semua bahan di atas sebati kenudian tambah lagi; 

9) 1/2 cawan susu segar

Kacau perlahan sehingga semuanya sebati. 

Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit. 

Nota: cupcake ini akan membentuk sedikit lava di bahagian dalamnya (tapi saya masak sampai semuanya masak, tak ada lava). 

Kemudian, toppinglah dengan coklat ganache. Nyum... Nyum.. Licin anak-anak sekolah makan. 

1 comment: