HOMEMADE CHURROS


Semalam beli Nozzle khas untuk churros ni. Kodnya E852. 

Senang je rupanya nak buat ni. Tapi waktu nak goreng tu agak mencabar. 

Nak tahu resepi? 

Bahan-bahan:

1 cawan air (pakai cup ye) 
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar makan mentega/minyak
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur

Perhiasan:
Gula halus dicampurkan sedikit dengan serbuk kayu manis (saya tak letakpun sebab tak ada) 

Cara-caranya:

1) Didihkan air, gula, garam dan mentega. 

2) Setelah mendidih, perlahankan api masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. 

3) setelah sebati, keluarkan daripada api, masukkan telur dan esen vanilla. Saya putar pakai mesin pemutar sekejap. Kalau tak ada, kacau je macam biasa. 

4) Setelah adunan sejuk, masukkan ke dalam piping bag dan masukkan sekali nozzle khas churros ye. 

5) panaskan minyak dan pipe adunan ke dalam minyak. 

HATI-HATI! PANAS! 

6) selesai masak, tabur gula halus dan serbuk kayu manis tadi dan boleh dicicah dengan coklat cair. (Saya pakai dark chocolate coin, masukkan sedikit susu full cream (itu je yang ada) dan sedikit susu pekat. 

Siap untuk dimakan. Ngap!!! Hehe 


Baca Bismillah dulu ye. 



You Might Also Like

1 comments

  1. sedapkan churros.sy selalu buat sebab paling simple dan cepat..hehehe

    ReplyDelete