Pages

Sunday, January 24, 2016

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU


Teringin nak makan Paeh Patin Mabiq, tapi jauh sangat, usha2 FB rupanya ada Mabiq KL; Patin On Board di Rasta TTDI, jam 11.30 pagi buka, jam 11.30 juga kami sampai. Memang sedap. Siap tapau lagi untuk dijadikan menu esok. 


Balik hantar lauk masuk freezer, kami sekeluarga sambung jalan. Suami bawa jalan ke Banting. Singgah kerepek Houz. Wah wah wah, tengok semua kerepek terliur. 


Amboi.. Tangan masing2 dah capai kerepek nampaknya. 


Tadaaaa.. Tu diaaa makan semua ni memang boleh buat jadi SADO. 


Tak habis di situ, suami bawa makan sotong bakar di Pantai Morib pula. Sedap amat. Rangup. Sosnya pedas manis. 

Ini pula tauhu bakar. Pun sodap yang amat. Rangup, dihidang bersama sengkuang dan timun. Nyum.. Nyum.. Kalau pergi Pantai Morib, singgahlah ye. 




Dah macam siput sedut budak2 nikan.. Hehe. Suka betul diorang ni. 

Belum habis di sini perjalanan kami. Ingatkan dari pantai Morib terus balik, rupanya suami bawa ke Shah Alam pula. Cari nasi Ayam Penyet Wong Solo


Menu wajib ke Wong Solo. 

Menu tambahan, sotong celup tepung dan empal sapi. 

Selesai makan, baliklah kami ke rumah di USJ. 

USJ-Damansara-USJ-Banting- Morib-Shah Alam - USJ

Alhamdulillah jalan2 macam ni pun dah seronok. Esok CUTI!!! Bolehlah rehat di rumah sahaja sambil menikmati Paeh Patin. 

No comments:

Post a Comment