Pages

Wednesday, August 10, 2016

5 Sebab Keperluan Nutrien Semulajadi

Elakkan suplemen berbahaya

Kita mungkin tertanya-tanya kenapa perlu ambil makanan tambahan? Malah, makanan tambahan itu hendaklah daripada sumber semulajdi bukan sintetik.

Jawapannya ialah;

PERTAMA. Ramai antara kita menyedari bahawa makanan kita tidak berkhasiat seperti dahulu. Makanan kini banyak yang diproses, tanah tanih telah pupus nutriennya, pemprosesan, pengangkutan dan hayat simpanan yang panjang semuanya menjejaskan nilai nutrien. Kita harus menggantikan nutrien yang hilang daripada makanan.

KEDUA. Bahan-bahan kimia semakin banyak ditambahkan ke dalam makanan kita. Kita masih belum tahu akibat jangka panjang bahan-bahan kimia ini pada badan kita. Namun demikian, kita tahu bahawa nutrien tertentu boleh membantu badan melindungi diri daripada kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia.

KETIGA. Pencemaran dilepaskan ke dalam air dan udara pada paras yang paling teruk. Kesannya, hujan asid, hidupan laut dan sungai dicemari toksik. Apakah kesan pencemaran ini terhadap kesihatan kita? Pemakanan optimal mungkin membantu kita melindungi diri daripada kesan pencemaran berleluasa.

KEEMPAT. Sesetengah penyakit yang kita biasa kaitkan dengan kelanjutan usia kini didapati mempunyai kaitan dengan pemakanan kurang sempurna sepanjang hayat. Osteoporosis adalah satu contoh yang baik. Para wanita yang aktif zahirnya dan sedang mengambil kalsium yang cukup hari ini berkemungkinan tidak akan menghadapi pelbagai masalah seperti tulang rapuh, pinggul patah serta lain-lain kepatahan fraktur pada hari esok.

KELIMA. Pilihan makanan serta tabiat makan kita telah banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu. Kini, hanya segelintir kita yang dapat menikmati masakan di rumah. Tempoh pantas gaya hidup masa kini lebih menyusahkan, bukan memudahkan untuk menjamin pemakanan optimal bagi diri kita dan seisi keluarga.

Dalam memilih makanan tambahan, pilihlah yang semulajadi kerana ia menyamai makanan asal.

No comments:

Post a Comment