Pages

Tuesday, November 29, 2016

SENAMAN KEGEL KUATKAN RAHIM


Senaman kegel membuat otot lantai pelvik lebih kuat. Otot ini mengawal aliran air kencing dan memegang organ-organ pelvik di tempatnya. 

Kelemahan lantai pelvik boleh disebabkan oleh kelahiran bayi. Melahirkan anak boleh meregang dan melemahkan otot pelvik. Kelemahan ini menyebabkan masalah kawalan air kencing. Ia juga menyebabkan satu atau lebih organ pelvik mengendur dan ia dipanggil rahim jatuh. 

Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan senaman kegel semasa mengandung dan selepas melahirkan anak. 

Cara-caranya ialah; 

• Kenal pasti otot yang anda gunakan untuk tahan kencing. 

• Lakukan kemutan pada otot tersebut. Kemutan sama seperti menahan kencing. 

• Kemut dan tahan selama 5 saat. Setiap set, ulang langkah kemut dan tahan 5 saat tadi sebanyak 5 kali. 

• Lakukan 5 set setiap hari

• Ingat solat 5 waktu, jadi ingat senama kegel ini 5 kali iaitu 5 set, setiap set 5 saat diulang 5 kali. 

• Semuanya berjumlah 25 kali setiap hari.

*elakkan lakukan senaman kegel ini sewaktu pundi kencing penuh. Kosongkan terlebih dahulu. 

Kelebihan senaman kegel ialah; 


• meningkatkan respon fungsi seksual
• menguatkan otot pelvik 
• meningkatkan kesihatan vagina 
• meningkatkan pengaliran darah kepada pelvik 
• mencegah kegagalan otot urinari iaitu dapat mengawal pengaliran air kencing
• penyembuhan selepas bersalin

Apakah suplemen yang terlibat dalam menguatkan otot? 

1) ESP Protein
ESP membekalkan protein harian lengkap untuk anda. Jika kurang protein, bagaimana otot pelvik nak bina otot. Jadi, kalau lepas bersalin tu amalkan ESP setiap hari. 

2) Vitamin C
Vitamin C diperlukan untuk pembentukan kolagen. Jika kolagen telah berkurang, otot pelvik juga akan lemah. Jangan tinggalkan vitamin C dalam diet harian anda. 


3) Shaklee Collagen Powder


Dalam kes yang teruk atau penuaan ketara, anda perlu ambil kolagen shaklee ni. Apabila kolagen hilang, otot-otot akan menjadi lemah dan mula mengendur. 

No comments:

Post a Comment