10 SEBAB BAHAYA GULA

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini berkenaan BAHAYA GULA. Berikut ialah 10 sebab gula bahaya untuk kesihatan:-

Woman Craving a Doughnut 

1. Gula tidak menambah nutrisi, juga buruk untuk gigi

Penambahan gula dalam makanan tidak memberi penambahan nutrisi seperti essential fat, protein, vitamin atau mineral. Hanya pertambahan tenaga atau kalori semata-mata.  Apabila kita ambil gula lebih 10-20% kalori daripada gula, kita sebenarnya kekurangan nutrisi. Gula juga tidak baik untuk gigi. Ia menyediakan tenaga mudah cerna bagi bakteria yang tidak baik di dalam mulut. 

2. Fructose membebankan fungsi hati

Sebelum pergi lebih lanjut bagaimana tiba-tiba muncul pula Fructose ni, tadi cakap pasal gula. Tiba-tiba keluar Fructose pulakan. Haaa. Gula yang kita makan hari-hari yang warna putih tu namanya Sucrose. Bila dah masuk dalam badan, ia akan dipecahkan kepada gula ringkas namanya Glucose dan Fructose.

  • Glucose boleh didapati dalam setiap sel di bumi ni. Kalau kita tak dapat Glucose daripada makanan, badan kita akan hasilkannya sendiri
  • Fructose berbeza. Badan kita tidak menghasilkannya dan tiada keperluan fisiologi untuk itu.
Fructose hanya dapat dimetabolisme oleh hati. Jika diambil dalam jumlah yang sedikit di dalam buah-buahan atau baru lepas bersenam tidak menjadi masalah. Dalam kes ini, ia akan ditukarkan kepada Glycogen, disimpan di dalam hati dan akan diguna apabila diperlukan.

Walaubagaimanapun, jika hati terlebih Glycogen, ia akan memberatkan hati dan Fructose yang berlebihan akan ditukarkan kepada lemak.

Jika ambil gula berlebihan berlarutan, ia akan mendatangkan masalah kepada hati iaitu hati berlemak fatty liver. 

Keadaan ini tak berlaku kalau makan buah-buahan. Fructose di dalam buah-buahan tidak menyebabkan keadaan seperti di atas. Jadi, makan buah-buahan paling selamat untuk rasa manis-manis selain makan gula.

3. Hati yang terlebih beban dengan Fructose akan mengakibatkan penyakit Non-Alcoholic Fatty Liver

Apabila Fructose ditukarkan kepada lemak di dalam hati, ia akan dihantar keluar sebagai zarah VLDL kolesterol. Tetapi tidak semua dibawa keluar, ada yang kekal berada di dalam hati. Keadaan ini membawa kepada penyakit Non-Alcoholic Fatty Liver. 

Kajian mendapati, individu yang menghidap hati berlemak mengambil Fructose lebih 2-3 kali ganda daripada purata individu.

4. Gula boleh menyebabkan Insulin Resistance, batu loncatan kepada sindrom metabolik dan Diabetes

Insulin ialah hormon yang amat penting di dalam badan. Ia membolehkan Glucose memasuki sel daripada aliran darah untuk digunakan sebagai tenaga. Gula yang terlalu tinggi di dalam darah sangat toksik kepada badan, menyebabkan komplikasi kepada pesakit Diabetes seperti buta.

Satu keadaan di mana metabolik tidak berfungsi dengan baik ialah mengambil Western food, insulin tidak berfungsi dengan baik iaitu sel-sel menjadi 'rintang' terhadapnya.

Juga dikenali sebagai Insulin Resistance, yang dipercayai menjadi pemacu pelbagai penyakit termasuk sindrom metabolik, penyakit kardiovaskular, Obesiti, dan Diabetes Mellitus Type II.

Banyak kajian menunjukkan, pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak menyebabkan rintangan Insulin, Insulin Resistance. 

5. Insulin resistance boleh berkembang menjadi Diabetes Mellitus Type II

Apabila sel-sel kita 'kebal' terhadap Insulin sedia ada, sel-sel beta dalam pankreas akan menghasilkan lebih banyak Insulin supaya gula dapat masuk ke dalam sel. 

Ini penting kerana gula dalam darah yang tinggi sangat toksik kepada badan. Jika keadaan ini berterusan, pankreas tidak lagi dapat berfungsi dengan baik iaitu menurunkan gula dalam darah. 

Akhirnya gula dalam darah terus meningkat dan kita didiagnos sebagai pesakit Diabetes Mellitus Type II. 

Memandangkan gula boleh menyebabkan rintangan pada Insulin, (Insulin resistance), tidak hairanlah penggemar minuman manis mempunyai risiko 83% lebih tinggi menghidap Diabetes Mellitus.

6. Gula penyebab kanser

Kanser ialah punca kematian utama di dunia, mempunyai ciri-ciri pertumbuhan tidak terkawal dan penggandaan sel.

Insulin ialah hormon penting mengawal selia pertumbuhan kanser. Saintis percaya bahawa, mempunyai hormon Insulin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kanser. 

Selain itu, masalah keradangan yang disebabkan oleh masalah metabolik akibat pengambilan gula yang tinggi boleh mengakibatkan keradangan yang menjadi penyebab kanser. 

Pelbagai kajian menunjukkan, orang yang mengambil gula banyak mempunyai risiko menghidap kanser lebih tinggi. 
 
7. Gula menggemukkan 

Tidak semua kalori sama. Makanan yang berbeza boleh memberikan kesan yang berbeza kepada otak dan hormon yang mengawal pengambilan makanan. 

Kajian menunjukkan, Fructose tidak memberi kesan kenyang yang sama seperti Glucose. 

Individu yang mengambil Fructose mempunyai aktiviti yang kurang di otak iaitu tidak berasa kenyang berbanding individu yang mengambil Glucose

Apabila kekal lapar, individu yang mengambil Fructose tadi terdorong untuk mengambil lebih makanan dah lebih jumlah kalori. 

8. Gula boleh jadi ketagih

Seperti dadah, gula memberi kesan pembebasan Dopamine di pusat ganjaran otak. 

Masalah dengan gula ialah, otak membebaskan Dopamine besar-besaran melebihi pengeluaran terhadap makanan semulajadi. 


Ini menyebabkan kesan ketagihan terhadap gula dan makanan ringan. Salah satu cara untuk mengurangkan ketagihan ialah dengan berpantang.

9. Ambil gula cepat tua


Diet tinggi gula boleh cepatkan penuaan. Muka lebih cepat berkedut dan kendur. .
Pengambilan gula tinggi meningkatkan kadar glycation, satu proses di mana gula dalam darah melekat kepada protein untuk membentuk molekul baru yang dipanggil Advanced Glycation End Products (AGEs). AGEs merosakkan protein bersebelahan dan boleh membuat kolagen kering, rapuh dan lemah. Kolagen musnah, kesannya kulit cepat berkedut dan kendur. 

10. Gula penyebab Obesiti dan penyakit kardiovaskular. 

Seperi yang disebut awal-awal tadi, pengambilan gula yang tinggi mengurangkan rasa kenyang di dalam otak. Otak tak rasa puas dengan makanan tinggi Fructose (gula putih hasilkan Glucose dan Fructose). Bila otak kata masih lapar, kita cenderung makan lebih banyak. Ia akan berlaku terhadap dewasa mahupun kanak-kanak. Pengambilan gula yang tidak 
terkawal meningkatkan kadar Obesiti. 

Selain itu, Fructose yang berlebihan akan menghasilkan Kolesterol LDL, bukan itu sahaja, kolesterol LDL yang teroksida turut dihasilkan di mana, ia sangat berbahaya. Kolesterol ini mampu mengeraskan arteri sekaligus mengundang masalah kardiovaskular. 

Bersederhana dalam makan dan minum. Kalau dah rasa ketagihan tahap kronik, langkah untuk hentikannya ialah berpantang dan mulakan Detoks hari ini. 

Ambil suplemen supaya dapat memberi rasa kenyang. Juga amalkan mengambil Vivix setiap hari. 

Kenapa Vivix bagus untuk masalah ketagihan gula? Gula tinggi dalam darah akan menghasilkan AGE protein. AGE protein ini meningkatkan penyakit akibat penuaan seperti Diabetes, Arterioschlerosis. Vivix menurunkan penghasilan AGE protein. 



Vivix telah dibuktikan secara klinikal mampu melambatkan pemendekan Telomeres (iaitu pelindung DNA yang mencegah penyakit akibat penuaan seperti Diabetes, darah tinggi, Jantung, Kanser dan lain-lain). 

Kandungannya sangat tinggi antioksidan membantu melambatkan proses penuaan. 

Jika kita boleh ambil gula setiap hari yang mana terbukti sangat bahaya untuk kesihayan, kenapa tidak mengambil Vivix mengekalkan kesihatan.

Harta paling mahal ialah, kesihatan. 


You Might Also Like

0 comments