Pages

Thursday, December 1, 2016

5 KELEBIHAN SKIPPING

Tak tahu nak lakukan senaman apa setiap hari? 

Mudah sahaja, bangun pagi tu terus lakukan 'skipping' atau lompat tali. 

Tak perlukan kita keluar rumah. Ruang terhadpun boleh. 

Tak ada tali? Beli jelah dekat Mr DIY pun ada. Sayapun baru je beli ni haaa. 


Harga tali skipping ni cuma RM5. Tapi nampak bergayakan? 

Bagus sebenarnya senaman ni. Selepas digodek-godek, inilah kelebihannya;

1) bakar 450 kalori apabila melakukan senaman skipping 30 minit

2) menggalakkan aktiviti kardiovaskular. Setiap kali skipping, aktiviti kardio semakin meningkat dan menguatkan jantung serta menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan nutrien ke dalam tisu badan

3) mencegah Osteoporosis. Aktiviti senaman seperti skipping selama 2-3 minit setiap hari membantu mencegah osteoporosis dengan menambah ketumpatan tulang 

4) Meningkatkan fokus. Skipping membantu meningkatkan konsentrasi.

5) ZERO kos. Tiada kos yang terlibat melainkan hanya tali skipping. Sesuai dilakukan setiap hari di mana-mana jua.

Kalau tak larat nak buat 30 minit terus, buat macam saya, melompat sepanjang hari. Sekali lompat 10 kali ke. Saya biasa lompat 50 kali. Dapat 200 lompatan setiap haripun bersyukur sangat. Awal-awal senaman memang semput, tapi alah bisa tegal biasakan. Lepas senaman terasa segarnya otak sebab jantung pam darah laju, peredaran darah ke seluruh badan berlaku. Darah mengalir elok maksudnya oksigen juga sampai ke seluruh badan. Kita rasa fresh sepanjang hari. Energetic gitu. 


Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment