Pages

Friday, December 2, 2016

AKTIVITI ANAK-ANAK CUTI SEKOLAH

Mesti mak ayah peningkan. Takkan nak melancong sepanjang bulan. Oh tidaaaakkk. Kaya bolehlah. Kalau kayap? Hehe. 


Ni jadual anak-anak saya. Tu anak sulung yang buat. Asalnya saya ada buatkan tapi dah koyak, kenalah buat sendiri. 

Kenapa buat jadual? Bayangkan anak-anak sepanjang hari di rumah. Tanpa ada planning, mereka akan bosan, bergaduh, bergaduh dan terus bergaduh. 


Sebagai ibu, takkan nak bagi tengok tv sepanjang hari. Memang taaaakk lah. Bukan jannam jannam, tapi jahannam terus anak-anak kita. 

Ingat semula tujuan hidup. Kita hidup di dunia ni bukan untuk tengok tv. Kalau baby tu bukan untuk ditidurkan semata-mata, tetapi untuk jadi khalifah Allah di muka bumi. 

Penat memang penat, tapi hasilnya? Tak payah tunggu kita meninggal dulu. Ganjaran Allah dah bagi atas dunia. Contohnya kita didik anak betul-betul, ganjarannya anak dengar kata. Kita ajar buat kerja rumah, ganjarannya rumah kemas. 

Kalau kita lari daripada tugas mendidik, huru hara rumah tangga, last-last mak kau hijau weh.. mak kau hijau. Dah stress memanjang. 

Apa lagi ye nak cerita? Sebenarnya otak dah ting tong ni menanti Asar, lepas ni kami nak solat berjemaah. 

Lepas tu bolehlah buat minum petang sama-sama. Ada orang share 'kayu keramat' Ganung, bolehlah buat. Suruh anak-anak gentelpun bagus ni. 

Stay tuned.. nanti update lagi ye blog ni. 

No comments:

Post a Comment