KHASIAT OVERNIGHT OAT


Pagi-pagi ni nak share pasal kelebihan overnight oat lah. Memandangkan semalam sempat rendam oat dalam susu segar. 

Kalau ikutkan overnight oat asli bukan macam ni. Penuh nutrisi, ada buah kering (kalau kita buat dengan muesli). Kemudian dicampur dengan Yogurt. Sedap tu. Tapi kalau tak ada bahan, cukuplah susu dengan oat biasa je ye. 

Khasiat overnight oat ialah;

• kita akan rasa kenyang dan badan akan bakar lebih banyak lemak. Sesuailah kalau nak diet tu. 

• kita boleh elak makanan tak berkhasiat contohnya nak makan manis-manis. Pagi-pagi nak cari donat dah. Sayalah tu, semalam dah buatpun hehe. 

• kita akan serap lebih banyak nutrisi. Rasanya ni kalau ada yogurtlah. Sebabnya asid tu akan pecahkan ikatan asid phytic dalam bijirin. Asid phytic ni akan halang penyerapan mineral. Jadi, proses memasak dan merendam bijirin semalaman akan pecahkan asid phytic, badan lebih mudah hadam makanan kita dan serap lebih banyak mineral. Kena cari jugalah plain yogurt gini. Untung-untung boleh buat masker sekali. Yuhooo. 

• meningkatkan kesihatan jantung. Hanya dengan sarapan, kita mampu tingkatkan kesihatan jantung. Surflah ye pasal kelebihan oat ni. Bagus untuk jantungkan. Almaklumlah oat ni tinggi fiber, bantu kurangkan kolesterol. Secara tak langsung jantung jadi sihat. 

Dah sarapan tu bolehlah fikir nak senam apa pula pagi ni. Tak tahu nak senam? Tak perlu keluar rumahpun boleh senamlah. 

Tunggu ye, sekejap lagi ada sambungan pasal senaman pula. 


Stat tuned... 

You Might Also Like

0 comments