Pages

Friday, December 9, 2016

LAWATAN KE MINNATURE MALAYSIA

Semalam tiba-tiba Big Boss sms, 'siap nak gi jalan'. Lepas beliau balik kerja terus bawa kami sekeluarga keluar. 
Ingat nak ke manalah kan. Sekali bawa ke The MinNature ni. Saya tak pernah tahupun. Katanya baru 3 minggu buka tapi pengunjung dah lebih 1000 orang dari seluruh dunia. Di mana MinNature ni? Ok, di Summit Subang Jaya, Level 4. Sebelah cinema. 

Rekaan mini ke-3 terbesar di dunia. Mula-mula masuk, anak-anak macam tak ada feel. Kecuali yang nombor 3 sebab dia boleh nampak semua. Rekaan pada paras matanya. Dia yang excited.


Macam-macam konsep ada. Nampak real. Subhanallah kagum betul tengok. Untuk siapkan rekaan ni mereka ambil masa 8 bulan. Bukan senang, kecil-kecil semua tu. 


Pernah tengok cerita The BFG? Haaa anak-anak baru start teruja bila cakap mereka ni ala-ala BFG. Giant besar ziarah penempatan orang kerdil. 



Geramnya tengok. Ada anjing, lembu, kerbau, kucing. 


Depan tu ada gunung berapi siap berasap-asap lagi. Kalau sentuh besi-besi tepi tu nanti lava menyala. Fuuuhhh. Anak-anak mula enjoy. 


Jalan lagi. Waaahhh belon panas berterbangan atas kepala. Siap dengan awan lagi. Ni bukan anak dah excited. Mak budak pula yang beriya. 


Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Nampak api nyala-nyala. Sekali tengok rumah terbakarrrr.. dah sampai atap. Gergasi datang nak selamatkan. 

Si kecik yang tekun memerhati. Semua dia nampak. 


Ok kita ke ladang ternak pula ye. Lembu susu perlu dimasukkan dalam truck. Nak perah susu dulu. 


Ini gambaran di Favela Brazil. Penempatan setinggan rakyat mereka di lereng bukit. Sangat padat. Boleh surf gambar sebenar ye. Kita tengok pun haaaaaa.. sambil nganga mulut. Macam manalah duduk rapat bertindan-tindan macam ni. 


Penempatan sebenar Favela Brazil. Insan google. Kita tengokpun pening. 

Giant tengah intai kedai jual sari. Sebelah kedai ni ada Small Good Wolf Book Shop hehe. 

Ada orang tengah makan cendol tu. Air kelapa biji pun ada. Nyum nyum. Banyak lagilah yang best di sini. 

Bagi yang nak bawa anak jalan-jalan sambil berfikir dan menuntut ilmu, bolehlah di bawa ke sini. 

Sekarang, tiket masuk offer. Dewasa biasa RM28, sekarang RM15 sahaja. Kanak-kanak bawah 12 tahun dan atas 4 tahun asal tak ingat, lepas less RM10. 
Total tiket kami semalam RM50 sahaja. Berbaloi. Macam-mana ada. Kereta api bergerak lalu terowong bukit pun ada. 
Bawalah anak-anak ke sana ye. Pasti mereka gembira. 





No comments:

Post a Comment