PASAR TANI KUALA BESUT


Aktiviti hari ini ke Pasar Tani Kuala Besut. Saya suka sangatlah cuci mata kat sini. Macam-macam ada. Nak cari apapun memang ada di sini. Murah pula tu. Pasar Tani ni ada hari Jumaat dan Isnin. Tapi hari Jumaatlah yang besarnya. Ramai orang dari luarpun sanggup datang. 


Datang sini tak boleh bawa anak-anak. Bahaya, risau terlepas. Nanti hilang. Bawa baby masuk kantung Kangaroo ok. 

Macam ni...


Siap beli kopiah lagi. Yang ni RM5 je satu. Comelkan. 


Ni kawasan makanan. Berjenis-jenis kuih muih ada. Dalam ni sesak, tak berani nak keluarkan hp. Jadi ambil gambar dari luar je ya. 


Kain pasangpun murah-murah. RM2/meter ni tak pastilah pula kain apa. Ada yang RM20 sepasang. Kain cantik.
RM50, RM55 Pucci yang tengah hot tu pun ada. 


Tupperware pun ada. Murah-murah. Perfume Dexandra pun ada nampak tadi. Colek buah, keropok, ayam goreng. Macam-macam lagilah. 


Air tebuuuuu.. dak errr dak errr.. Tanpa gula ye. Rasa manis asli tebu. Kalau ke Kuala Besut, ni tempat wajib saya beli. Makanan lain, yang berkhasiat sahaja. 

Tak beli sebarangan. 


Aaaaaaaaa Jeans RM10 sepasang. Jeans reject. Bukan bundle. Kami beli yang besar-besar. 


Masya-Allah. Masya-Allah. Cantik sangat. Lukis tangan ni. Kanvas pula tu. 

 
Berkenan yang ni.. RM30 je. Nak beli.. nak beli.. Tenang je. Balik KL nanti boleh pandang gambar ni mengenang kampung halamankan. 

Gambar bunga tu mahal sikit. RM50 satu. Gambar timbul. 3D ye orang panggil. 


Bahan-bahan agama pun ada. Rotanpun ada ni. Sesuai beli untuk didik anak-anak. Kena ada rules. 


You Might Also Like

0 comments