PETUA HILANGKAN BAU BADAN SEMULAJADI

Semangat balik Besut ni. Tak ada idea nak update blog, FB. Hp pun entah ke mana. 


Tapi, hari ni saya buat petua hilangkan bau badan ni. Kalau badan dah tak berbau kiranya dengan amalkan ni boleh wangikan bau badan secara semulajadi.

Apa bahan yang terlibat? 


Halia seketul. Bukan macam dalam gambar ni. Ambil ketulan hujung yang panjang tu kemudian hiris-hiris. 


Beberapa helai daun limau purut. Kalau masak pakai daun limau purut ni saya akan buang tulang dia sebab tulang tu buat pahit. Tu tips orang bagitahu. 

Limau nipis untuk perahan 1 biji. 


Gula merah. Saya tak ada, ganti dengan madu. 

Cara-caranya; 

Masak halia dan daun limau purut. Agak-agak dah kecut daun tu bolehlah angkat air tu masuk dalam gelas. Masuk madu dan perah limau. Sedia untuk diminum. Kalau pakai gula merah tadi masak sekali dengan gula tu ya bagi larut dulu. 

Rasa dia? Sedap. Berangin dan wangi. Bila bercakappun keluar bau wangi daun dan angin halia. 

Untuk kesihatan dalaman wanita, untuk detoks semulajadi, jangan lupa amalkan Alfalfa Shaklee. Bertindak sebagai anti bakteria dan anti inflamasi. Bagus juga untuk kesihatan rahim.



Selamat mencuba. 


You Might Also Like

1 comments

  1. Kalau badan berbau boleh cuba Magic Blue natural deodorant.
    Saya dan isteri - sekali spray terus jatuh hati!
    magicblue.ik.my/2479

    ReplyDelete