REDEEM POINT MAYBANK

Krik krik krik... nak cerita pasal reward kad Maybank ni. Boleh je mana-mana samada card credit atau kad atm biasa tu.



Cumanya kad kredit ni point reward lebih besar. Dalam RM1 belian dapat 1 point. Kalau atm kad tu dalam RM3 1 point. 

Memandangkan vacum rumah kami ni dah rosak, sebenarnya enjin dia elok cuma wayar dan kepala penyedut tu pecah. Kena cari di kedai hard ware lah gamaknya untuk tukarkan.

Dah lama rosak, nak menyapu memang terbatas. Penatpun penat bila ada anak kecil ni. Sekali sapu penuh habuk, nak sapu kena tunggu si kecil tidur, nanti kesian pula baby kita kena sedut debu tu. Dilema betul. 

Cek punya cek reward point dah banyak, makanya sayapun berkenanlah dengan vacum cordless ni. Tanpa wayar. 


Tadaaaa. Semalam dah dapat. Katanya 2-4 minggu sampailah. Padahal baru redeem minggu lepas. 

Macam mana nak cek point tu? Ok sekarang klik web m2u masing-masing ye. 


Cari dekat account & banking sebelah kiri ada perkataan rewards tu klik je. Nanti akan keluar point kita. Nanti klik atas point bawah sekali tu akan keluar macam gambar bawah ni pula. 


Akhir sekali klik di TreatPoints redemption form. 

Saya pilih call. Cakap dengan banker sendiri. Terus proses. Seminggu dah dapat walaupun katanya 4 minggu. 

Puas hati tau guna vacum ni. 




You Might Also Like

0 comments