Pages

Friday, December 2, 2016

TENAGA SEGERA DENGAN ESP

Mak kau hijauuuui... bila cuti sekolah ni, anak-anak semua berkumpul dengan kita sepanjang masa. Sentiasa tanya apa aktiviti hari ni. 

Nak pastikan jadual aktiviti cuti sekolah tu diikut, ibu-ibu kena bertenaga. Sebab mendidik anak ni bukan perkara mudah. 

Kalau semua anak minta perhatian, agak-agak apa jadi pada maknya? Serius, terasa ting tong. Energy merudum sampai level 'fuel warning'. Tambah-tambah lagi kalau waktu makannya dah lama. Menggigil-gigil nak proses makanan. 

Kalau ada anak menyusu lagilah terasa exhausted. 


Ok. Ini penyelesaiannya. Sebelum buat minum petang atau sarapan atau makan tengah hari. Anak-anak serentak minta perhatian, ibu kena tambah minyak dulu. 

Kalau dah tahap menggigil tu maknanya dah Hypo. Gula dalam darah rendah. JANGAN CAPAI AIR MANIS. Nanti MAK KAU HIJAU. Sebab gula naik mendadak. Sebaliknya ambillah ESP ni. 

Petang tadi sebelum solat Asar, saya cepat-cepat bancuh ESP dengan madu dan air masak. Bila minum terus cerah mata. Hilang gigil-gigil tu. Terus solat dengan anak-anak, mengaji, kemudian buat roti goreng. 

Saya bancuh, kemudian anak-anak yang gentel. Mak tak berubah jadi HULK, anakpun hepi sebab tak kena marah. 

Dalam proses mendidik ni mak kena sabar. Kalau mak penat, letih, akan mempengaruhi emosi. Jadi, ambil ESP supaya gula dalam darah stabil. Mood terkawal. 

Nantikan entri saya pasal gula. Kenapa tak bagi ambil gula ye. 

No comments:

Post a Comment