Wednesday, January 25, 2017

JADUAL KEMAS RUMAH


Adakah anda begini? Zaman sekarang ramai ibu yang jadi stay at home mom. Bukan bermakna jadi surirumah semata-mata tapi buat kerja lagikan. Ada bisnes sendiri. 

Mana nak mengemas, mana nak masak. Mana nak urus anak. Mana nak macam-macamlah. Last last kepenatan seorang diri. Nak menangis, nak jadi MAK KAU HIJAU. Betul tak? 

Ada tak terfikir jalan penyelesaian? Ada buat jadual harian? Sebenarnya nak uruskan rumahpun kena ada jadual yang tersusun. Bukan filing kerja-kerja bisnes sahaja. 




Nak jadi ibu yang cun melecun, sambil buat kerja, anak main di sebelah. Sesekali ajar anak Iqra', kena UBAH. Buat jadual untuk kemas rumah. Bukan hari-hari menghadap perkara sama. 

Apabila kita penat, pencapaian bisnes akan merudum. Bukan namanya supermom kalau kita serah tugas pada suami. 

Boleh nak ada bibik, tapi part time jelah. Jangan hari-hari. Tak best kalau kerja-kerja yang sepatutnya seorang ibu buat, serah pada orang lain. 

Sebenarnya kita mommies ni boleh urus semua benda. Tapi kena ada perancangan dan cara kerja yang tersusun lagi teratur. Barulah berjaya. 

Berikut ialah contoh jadual mengemas harian yang saya buat. Dah buat, tick (✔️). Jadi kita tahu kawasan mana seterusnya nak kemas. 1 hari fokus 15-20 minit sahaja. 

Apabila ada pusingan macam ni, rumah kita akan sentiasa kemas. 

Kita ada masa untuk;

• ajar dan didik anak
• bisnes dari rumah
• membaca buku ilmiah
• belajar 
me time biasanya tidurlah



Nak hadap semua kerja kita, kenalah ada suplemen harian yang membantu supaya badan sentiasa cergas, otak cerdas, dan minda sihat. 

Saya pilih, Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, ESP dan vitamin-vitamin lain. 


Dah beli? Saya jual Shaklee.

1 comment:

  1. Rajinnya buat jadual kerja rumah. Memang betul pengurusan masa yang membuatkan kita berbeza dengan orang lain.

    ReplyDelete