Pages

Thursday, July 20, 2017

Cara Tingkatkan Skil Rumahtangga

Pernah dengar tak petua orang dulu-dulu saat pilih menantu perempuan, lihat dan rasai jari jemari bakal menantu? Jika tiada kesan kunyit atau jari-jemari halus sahaja, itu bermakna bakal menantu tadi tak pandai masak. 

Adakah ia tepat? 

Sebenarnya saya serba serbi tak pandai waktu mula-mula kahwin dulu. Memasak, apatah lagi mengemas. Dalam masa sama saya tekad mahu jadi pandai, tetapi tidak mahu menjadi 'hodoh'. Erti kata lain, pandai serba serbi, penampilan tetap jaga. Pandai memasak tanpa 'mengotor' dan 'merosakkan' jari-jemari. 

Lama saya 'tercari-cari', akhirnya dapat jawapan. Pertama, jaga dalaman. Saya jumpa SHAKLEE. Saya amat yakin dengan pengamalan suplemen, penuaan dapat dilambatkan dan kita akan sentiasa cantik. Suplemen yang saya amalkan ialah SET ASAS KESIHATAN dan beberapa suplemen tambahan seperti Alfalfa, Lecithin, Carotomax dan lain-lain. Berikut ialah set kesihatan asas Shaklee iaitu ESP, Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C dan Omega Guard. 


Menurut Landmark Study yang dijalankan ke atas pengguna Shaklee, pengambilan multiple suplemen dalam hangka masa panjang iaitu lebih 20 tahun mempunyai risiko kesihatan yang rendah. 


Risiko kesihatan yang lebih rendah bermakna penuaan kita dapat dilambatkan. Awet muda. 

Multiple suplemen yang mempengaruhi taraf kesihatan ialah seperti berikut. 


Bagaimana tingkatkan skil memasak? Mula-mula anda perlu senaraikan masakan dalam kategori mudah tapi sedap untuk anda. Ok, saya senaraikan masakan mudah bagi saya untuk sediakannya. 

• masak lemak cili api
• ikan singgang
• pulut
• nasi lemak
• asam pedas 
• kerutuk daging
• sup 

Kategori mudah ini khas untuk disimpan dalam minda, apabila kesuntukan masa, kita boleh sediakan untuk seisi keluarga.
Jadi, tak adalah kes ibu-ibu yang hanya sediakan ayam goreng, ikan goreng dan telur goreng sahaja. 

Kemudian, kategorikan makanan yang sederhana sukar. Makanan ni perlukan banyak bahan, proses berperingkat. Contoh;

• nasi ayam
• soto 
• nasi minyak 

Akhir sekali, kategorikan kepada makanan yang susah pula. Maksudnya, dalam kepala anda, kalau dapat buat makanan ni, memang champion lah. Sebab, makanan ni penentu kepada segala masakan. Maksudnya dah taraf Master Chef. Kitalah yang kena nilai diri sendiri. Apabila dapat capai target makanan susah ni, bermaksud kita dah dapat skil masakan dalam rumahtangga. Tiada lagi memasak berjam-jam. Sehingga perlukan masa yang panjang.

Kalau anda ibu yang bekerja dari rumah, rugi masa dengan aktiviti memasak ni. Comot sana sini dan nanti bau bawang pulakan. 

Kemudian, skil mengemas rumah. Tidak perlulah mengemas dari A-Z setiap hari. Ia satu lagi kerja yang membuang masa. Mungkin anda kata tak ada istilah membuang masa dalam buat kerja tumahtangga. Banyak pahala. Ya betul, jangan kerana mahu banyak pahala, kita layan diri sendiri seperti hamba. 

Menurut pemerhatian saya dan bacaan-bacaan, kebanyakan isteri yang dikhianati ialah isteri yang anak ramai, buat semua kerja rumah dari A-Z setiap hari. Tiada penambahan dalam diri. Dalam erti kata lain, tiada skil dalam rumahtangga dan kehidupan. 

Jika anda surirumah, selain daripada lakukan kerja-kerja rumah, boleh bisnes online. Saya memilih Shaklee sebagai bisnes. Hanya perlu fokus dari rumah sahaja. 

Andai kata saya menghabiskan masa dengan kerja rumahtangga semata-mata, bilakah waktu untuk saya bisnes, membaca buku, menambah nilai
 diri? Baru sahaja dengar audio puan Diyana Tahir. Insan yang bersyukur ialah individu yang akan berusaha 10 kali ganda. Bersyukur apa adanya adalah individu yang malas. 

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Shaklee, boleh hubungi saya terus Tuan Nurul Ain : 013 357 0906

No comments:

Post a Comment