Semasa fasa remaja, remaja menjalani perkembangan fizikal, emosi, sosial dan fisiologi yang pesat. Apabila mereka mencapai akil baligh, badan mereka berubah. Ini juga fasa di mana, mereka sangat bertenaga dan aktif.
Protein soya adalah nutrien penting untuk memastikan remaja sentiasa bertenaga dan aktif. Pada masa yang sama dapat menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot
Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot. Bersama-sama gaya hidup aktif dan pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot. Pada masa sama, mengekalkan kenyang dan memberikan tenaga lebih lama.
Menyokong Pertumbuhan Tulang yang Lebih Kuat dan Sihat
Isoflavon soya yang terdapat dalam Protein soya membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat di samping menyokong proses metabolisme tulang. Soya mengandungi Kalsium semulajadi yang diperlukan oleh tulang untuk tumbesaran yang sihat.
Nota: Pengambilan bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun perlu dihadkan kepada perkongsian minuman dengan orang dewasa dan disarankan agar minuman protein tidak dijadikan sebagai satu-satunya sumber pemakanan.