Protein soya pilihan terbaik untuk ibu yang sibuk





Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka sering kali mengabaikan diri sendiri dan sebaliknya fokus kepada orang lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan ibu tenaga untuk menjalani rutin harian. Ketahui bagaimana Protein soya dapat membantu golongan ibu.

Meningkatkan Seri Kulit


Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda.

Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.

Menguatkan rambut dan kuku


Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat dan kurang nutrisi, terutama protein. Kekurangan asid amino perlu menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.


Menyokong Kehamilan Yang Sihat

Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein yang konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir dan mengurangkan peratusan bayi yang tidak cukup berat.

Menggalakkan penghasilan susu ibu

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walau bagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka sepanjang tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.

Melegakan ketidakselesaan perut 

Komitmen dan jadual harian yang padat, menyebabkan pengambilan makanan diabaikan di mana boleh mendatangkan ketidak hadaman, pedih ulu hati, perut kembung atau gastritis sekiranya dibiarkan berlarutan.
Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua.
Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik yang berlebihan dan memastikan perut ibu sihat.





Image may contain: drink and text 

ESP memberikan tenaga yang berterusan, berasaskan Protein Tumbuhan yang berkualiti tinggi.
  • Membekalkan 14gram protein berasaskan tumbuhan.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 - nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein paling berkualiti. 
  • Mengandungi 9 Asid Amino
  • Tinggi dengan Kalsium
  • Tanpa kolesterol
  • Non-GMO
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol *
*Jumlah Protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah ialah 25gram sehari





You Might Also Like

0 comments