Pages

Saturday, January 20, 2018

4 MANFAAT DAN KELEBIHAN OMEGA 3

Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan:



Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut - yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:
   Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah. 1,2
   Meningkatkan pengaliran darah. 1,2
   Mengekalkan degupan jantung yang sihat.





Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA. EPA dan DHA telah dikaji untuk:
   Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.3
   Kesan positif kepada perasaan 4, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.5
   Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit     yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyanyuk.
 
 

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:
Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku     dalam artritis. 7,8
Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi- sendi yang berkeriut serta sakit bergerak      dengan lancar.7,8

 
Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu.
   Perkembangan otak dan fungsi imun.
   Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin.
   Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin. 9
   DHA adalah komponen  utama retina - penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat  bagi bayi. 10
   DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak. 10
   Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. 11
   Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.

Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon. Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan supplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.

Berminat untuk ketahui minyak ikan berkualiti tinggi dan tulen? Klik gambar untuk info lanjut.

Minyak Ikan Omega 3



Rujukan:
1.   Balk EM, Lichtenstein AH, Chung M, Kupelnick B, Chew P, Lau J. Effects of omega-3 fatty acids on serum markers of cardiovascular disease risk: a systematic review. 2006 Nov;189(1):19-30.

2.   Jensen CD, et al. Plasma Lipids on Three Levels of Fish Oil Intake in Healthy Human Subjects. Nutr Rep Int, 1988. 38(1): p. 165-172.

3.   Tanaka K, Farooqui AA, Siddiqi NJ, Alhomida AS, Ong W-Y. Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 2012;20(2):152-157.

4.   Giles GE, Mahoney CR, Kanarek RB. Omega-3 fatty acids influence mood in healthy and depressed individuals. Nutr Rev. 2013 Nov;71(11):727-41.

5.   Uauy R, Dangour AD. Nutrition in brain development and aging: role of essential fatty acids. Nutr Rev. 2006 May;64(5 Pt 2):S24-33.

6.   study Chih-Chiang Chiu, Kuan-Pin Su, Tsung-Chi Cheng, Hsing-Cheng Liu, Ching-Jui Chang, Michael E. Dewey, Robert Stewart, Shih-Yi Huang. The effects of omega-3 fatty acids monotherapy in Alzheimer’s disease and mild cognitive 

   impairment: A preliminary randomized double-blind placebo-controlled. Progress in Neuro-sychopharmacology & Biological Psychiatry 32 (2008) 1538–1544.

7.   Lopez HL. Nutritional interventions to prevent and treat osteoarthritis. Part I: focus on fatty acids and macronutrients. PM R. 2012 May;4(5 Suppl):S145-54.

8.   Miles EA, Calder PC. Influence of marine n-3 polyunsaturated fatty acids on immune function and a systematic review of their effects on clinical outcomes in rheumatoid arthritis. Br J Nutr. 2012 Jun;107 Suppl 2:S171-84.

9.   Dunstan JA1, Simmer K, Dixon G, Prescott SL.Cognitive assessment of children at age 2(1/2) years after maternal fish oil supplementation in pregnancy: a randomized control trial Arch Dis Child Fetal Neonatal Ed. 2008 Jan;93(1):F45-50.

10.   Rogers LK, Valentine CJ, Keim SA. DHA supplementation: current implications in pregnancy and childhood. Pharmacol Res. 2013 Apr;70(1):13-9.

11.   Krauss-Etschmann, Hartl D, Rzehak P, Heinrich J, Shadid R, Del Carmen Ramírez-Tortosa M, Campoy C, Pardillo S, Schendel DJ, Decsi T, Demmelmair H, Koletzko BV. Decreased cord blood IL-4, IL-13, and CCR4 and increased TGF-beta 

   levels after fish oil supplementation of pregnant woman.

No comments:

Post a Comment