Pages

Monday, January 29, 2018

8 TABIAT MAKAN YANG MENINGKATKAN TENAGA


Cuba lihat tenaga kita setiap hari bagaimana? Adakah kita boleh bangun pagi dengan bersemangat atau melepet di atas katil? Tenaga kita berkait rapat dengan Mitokondria. 

Jika kita tidak pernah tahu dengan Mitokondria, inilah masanya untuk mengetahui dan mengenali mengenainya. Mitokondria ialah pusat tenaga, iaitu menukarkan makanan dan Oksigen kepada tenaga iaitu dalam bentuk ATP (Adenosine Triphosphate) yang memberikan reaksi biokimia dalam dalam sel kita. 

Pastikan ATP mengalir daripada makanan berkhasiat dan kita akan membekalkan keperluan penting untuk Mitokondria mengeluarkan tenaga sepanjang hari. Elakkan memakan makanan tidak berkhasiat kerana akan mengganggu penghasilan tenaga daripada Mitokondria sepanjang hari. 

Kemerosotan Mitokondria akan mengheret kita kepada penuaan pramatang, gangguan neurologi, otot, jantung, juga fungsi metabolik.


Semakin banyak kita meningkatkan kuantiti dan kualiti Mitokondria, kita akan berasa lebih bertenaga. Meningkatkan kuantiti dan kualiti Mitokondria ialah anti penuaan semulajadi. Berikut ialah 8 tabiat makan yang akan meningkatkan Mitokondria sekaligus menaikkan tahap tenaga kita;


1) BERHENTI MAKAN GULA DAN BIJIRIN

Kita semua tahu gula tidak berkhasiat. Ia hanya mengandungi tenaga tanpa mempunyai nutrisi. Memakan gula terlalu banyak menyebabkan Mitokondria tidak dapat membakarnya dengan pantas malah kita akan menyimpannya dalam bentuk lemak dan menghasilkan radikal bebas yang merosakkan badan. Semakin kurang gula yang kita makan, lebih baik. Satu perkara yang ramai tidak tahu tentang 'bijirin sihat'. Ia sebenarnya menukarkan gula ke dalam darah dengan cepat dan termasuk dalam makanan yang harus dielakkan.  

2) JAUHKAN RACUN PEROSAK 

Makanan yang ditanam dengan racun perosak iaitu Pestisida dan toksin akan menyebabkan kemusnahan Mitokondria. Pilih makanan organik dan elakkan makanan proses. Jika tidak mampu, cuci sayur dan buah dengan betul-betul seperti merendam sayur dan buah selama 5 minit dengan larutan air garam kemudian dibilas selama 5 minit di bawah air lalu akan menurunkan kadar racun dan toksin ini sehingga 90% ++. 

3) MAKAN PELANGI ITU

Ini merujuk kepada warna-warni sayur dan buah di dalam pinggan kita. Semakin banyak warna, semakin tinggi fitonutrien. Fitonutrien ini membantu badan kita menjana semula Mitokondria yang telah musnah dan meningkatkan aktiviti sehingga ke peringkat selular menjadikan badan kita lebih bertenaga. 

4) MAKAN ASID LEMAK BERKHASIAT

Mitokondria menggunakan Karbohidrat dan lemak untuk menghasilkan tenaga. Tetapi, pengambilan lemak sihat akan menghasilkan lebih banyak ATP iaitu tenaga yang dikeluarkan oleh Mitokondria, asid lemak sihat juga tidak menghasilkan radikal bebas yang banyak seperti Karbohidrat. 

5) BONE BROTH (SUP TULANG)

Minum 1 cawan sup tulang (yang direneh berjam-jam) mampu meningkatkan kesihatan Mitokondria sekaligus memelihara lapisan usus kerana mempunyai beberapa jenis asid amino untuk pertumbuhan sel baru. 

Omega-3

6)  TINGKATKAN OMEGA-3 ANDA

Makan lebih banyak asid lemak Omega-3. Asid lemak Omega-3 membantu membina membran pelindung Mitokondria dan menghasilkan lebih banyak tenaga kepada kita. Pilih minyak ikan Omega-3 rendah merkuri, kekacang dan telur kuning. 

7) BERPUASA

Sekatan kalori adalah cara terbaik untuk memperbaik fungsi Mitokondria dan meningkatkan tenaga. Percayalah, dengan berpuasa 12-14 jam akan mengurangkan penghasilan radikal bebas daripada Mitokondria. Lakukan puasa sunat Isnin dan Khamis atau Intermittent Fasting iaitu berpuasa selama 14 jam pada malam hari sehingga ke pagi esoknya. 


8) AMBIL COQ10 

CoQ10 dapat meningkatkan tenaga di dalam sel dan lebih cekap. Hasilnya boleh menjalani hari dengan lebih bertenaga, cergas dan berkeyakinan.

No comments:

Post a Comment