Pages

Monday, January 1, 2018

Gemuk


Malaysia negara paling gemuk di Asia Tenggara


Kenapa kita gemuk?

Rata-rata azam 2018 ialah NAK KURUS.

Kita tidak suka dengan penampilan sekarang, juga sukar bergerak berbanding dahulu.


Doktor kata kita berisiko untuk kena Diabetes. Tapi apa yang boleh kita lakukan? Kita cuba berdiet, ia berkesan seketika kemudian berat kita naik kembali. Kita salahkan diri kerana kurang disiplin, pertimbangkan ini, masyarakat hari ini 2 kali ganda lebih berat badan berbanding 40 tahun lalu.

Adakah mereka kurang keinginan? Ia tidak masuk akal. Kita tidak harus menafikan bahawa masyarakat 40 tahun lalu boleh makan sesuka hati mereka tanpa alami masalah kegemukan.

Pada waktu itu, masyarakat mahu menjadi lebih sihat berbanding sebelumnya, tetapi sebalik pula yang berlaku. Kita menjadi lebih tidak sihat. Para saintis menyangka mereka menemui penyebab serangan jantung iaitu KOLESTEROL. Mereka juga merasakan mereka tahu penyebab Obesiti iaitu makan terlalu banyak lemak.

Mereka menyebarkan berita bahawa jika kita ingin kekal langsing dan mencegah penyakit jantung, kita perlu mengelakkan makanan yang mengandungi lemak dan kolesterol, termasuk telur, produk tenusu, daging merah, dan sayur-sayuran berlemak seperti avocado dan zaitun, juga kekacang.

Kedai-kedai bertindak balas dengan menjual makanan rendah lemak, rendah kolesterol; vegetarian menjadi popular; dan buat kali pertama dalam sejarah, Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA) terlibat dalam usaha untuk menjadikan masyarakat "makan dengan betul"- iaitu kurang makan lemak dan kolesterol.

Dari tahun 1977 hingga 2007, rakyat Amerika mengurangkan pengambilan telur sebanyak 23%, lemak susu 52% dan daging merah 16%. Ya, mereka hidup lebih panjang. Bukan kerana perubahan diet, tetapi kurang merokok, juga perubatan yang baik dalam rawatan sakit jantung, kanser dan strok.
Secara FAKTA, kita tidak sihat. 2/3 penduduk lebih berat badan, 1/3 Obesiti, juga peningkatan Diabetes 3 kali ganda berbanding sebelum.

Tidak kurang rakyat Malaysia, dikategorikan sebagai negara TERGEMUK di Asia Tenggara. Kebanyakan kita menderita Arthritis dan Gout. Lebih ramai lelaki mengadu tentang pengurangan kecergasan dan masalah seks, dan lebih ramai wanita berhadapan dengan kemandulan.

Walaupun semua kemajuan dalam perubatan yang telah dibuat dalam tempoh lima puluh tahun yang lalu, kita tidak kelihatan seperti yang sepatutnya, kita tidak merasa sebaik yang sepatutnya, dan kita mengalami masalah kesihatan yang serius pada kadar yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Bentuk badan kita berbeza berbanding masyarakat dahulu ; perut kita lebih besar. Jelasnya, jika berat badan kita bertambah perut akan menjadi lebih besar. Namun kajian menunjukkan bahawa saiz abdomen kita relatif terhadap seluruh tubuh kita semakin membesar.


Malah orang-orang kurus hari ini mempunyai potbellies iaitu buncit. Sejak tahun 2002, berat badan purata kita tetap sama, tetapi saiz perut kita semakin besar. Apa yang menyebabkan masalah ini? Jawapannya adalah potbelly. Lemak perut adalah punca kepada penyakit. Bukannya perut buncit itu yang menjadi masalah tetapi berpunca daripada Insulin kita sendiri. Kita menghasilkannya terlalu banyak, dan ia membawa pelbagai masalah yang kurang biasa pada empat puluh tahun yang lalu, termasuk obesiti perut, kencing manis dewasa, ketidaksuburan wanita, dan testosteron rendah pada lelaki.

Masalahnya ialah apa yang dipanggil doktor ; Insulin Resistance iaitu rintangan Insulin. Ia berbunyi teknikal, tetapi ia agak mudah. Badan kita memerlukan insulin untuk mengangkut glukosa keluar dari aliran darah ke dalam otot.

Sekiranya kita mempunyai rintangan insulin, otot kehilangan respons terhadap insulin- ia menjadi rintang terhadap insulin. Akibatnya, sel-sel penjanaan insulin sel beta pankreas menghasilkan lebih banyak daripada jumlah insulin yang normal untuk mengawal tahap glukosa darah kita.

Rakyat Amerika mengalami rintangan insulin. Kira-kira satu pertiga penduduk Amerika menghidapinya ketika berusia empat puluh tahun. Wabak ini telah mengubah pemikiran sebelumnya tentang diet. Tiada lagi cadangan FDA mengurangkan lemak dan kolesterol dalam diet. Penekanan Garis Panduan Pemakanan terkini untuk rakyat Amerika adalah untuk membalikkan rintangan insulin. Di Malaysia, pendekatan ini belum dilakukan, hanya diwar-warkan oleh beberapa doktor perubatan yang sedar hakikat perubahan corak pemakanan kita sahaja.

Berita baiknya adalah bahawa rintangan insulin sebenarnya mudah dicegah, dirawat, dan diterbalik. Malah, pada masa lalu orang mengelakkannya dengan sendiri. Kini, tidak perlu menjalani diet, kita tidak perlu senaman berat di gym juga tidak perlu mengambil ubat. Apa yang kita perlukan hanyalah perlu mengurangkan jumlah insulin badan yang kita hasilkan, dan jika kita memahami apa yang sedang berlaku, ini sangat mudah dilakukan.


_____________________________________________________________________

Berikut ialah saranan Shaklee dalam amalan gaya hidup sihat;

  • Gaya hidup sihat 
  • Pemilihan pemakanan yang sihat
  • Pemilihan suplemen yang bijak









No comments:

Post a Comment