Pages

Monday, January 15, 2018

Manfaat Omega-3 untuk Ibu, Bapa dan Bayi

TAHUKAH ANDA?






Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan  ibu yang tidak mengambil makanan tambahan.2



Omega-3 BAIK untuk IBU dan SAYA !




Permulaan terbaik untuk seorang Ibu

Di setiap peringkat kehamilan anda, bermula dari proses kelahiran hingga ke penyusuan, ianya adalah masa berharga untuk perkembangan sihat anak anda. Salah satu asid lemak paling penting untuk anda dan kesejahteraan bayi anda adalah asid lemak Omega-3 - asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA).

Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi kebaikan Omega-3 untuk anda dan bayi anda!

Sebelum Kehamilan

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung kerana ia:

Wanita
  Menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon. 1
  Membantu mengatur kitaran haid. 1
  Meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung.1

Lelaki
  Meningkatkan kepekatan sperma.6
  Memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat. 8

Kehamilan

Apa yang anda ambil semasa kehamilan menentukan kesihatan bayi anda. Tambahkan Omega-3 di dalam pemakanan anda kerana ia: 

Ibu
• Menurunkan risiko kelahiran pramatang.1,2
  Menggalakkan tempoh kehamilan optimum.2
  Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan). 7

Bayi
• Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta.1
• Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika di dalam janin.1
  Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi.2
  Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan.3
• Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga.
• Menggalakkan perkembangan saraf otak.5

Selepas Bersalin & Penyusuan

 

 

Untuk pemulihan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi, Omega-3:

Ibu

• Mengurangkan risiko kemurungan postpartum. 1,4

Bayi

• Menyokong proses kematangan otak semasa tempoh lima tahun pertama kehidupan.
  Menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak.5
  Mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif-ekzema.5
  Menyokong perkembangan penglihatan.9,10
  Menggalakkan pola tidur yang  lebih baik.9,10

Ingin mengetahui sumber minyak ikan berkualiti tinggi untuk anda dan keluarga? Klik gambar untuk info lanjut.

Minyak Omega-3

Rujukan:
1.    Saldeen P1, Saldeen T. Women and omega-3 Fatty acids. Obstet Gynecol Surv. 2004 Oct;59(10):722-30; quiz 745-6.
2.    Danielle Swanson, Robert Block, and Shaker A. Mousa. Omega-3 Fatty Acids EPA and DHA: Health Benefits Throughout Life. 2012 American Society for Nutrition. Adv. Nutr. 3: 1–7, 2012.
3.    Krauss-Etschmann, Hartl D, Rzehak P, Heinrich J, Shadid R, Del Carmen Ramírez-Tortosa M, Campoy C, Pardillo S, Schendel DJ, Decsi T, Demmelmair H, Koletzko BV. Decreased cord blood IL-4, IL-13, and CCR4 and increased TGF-beta levels after fish oil supplementation of pregnant women.
4.    Grosso G, Pajak A, Marventano S, et al. Role of Omega-3 Fatty Acids in the Treatment of Depressive Disorders: A Comprehensive Meta-Analysis of Randomized Clinical Trials. Malaga G, ed. PLoS ONE. 2014;9(5):e96905. doi:10.1371/journal.pone.0096905.
5.    Coletta JM, Bell SJ, Roman AS. Omega-3 Fatty Acids and Pregnancy. Reviews in Obstetrics and Gynecology. 2010;3(4):163-171.

6.    Esmaeili, V., Shahverdi, A. H., Moghadasian, M. H. and Alizadeh, A. R. (2015), Dietary fatty acids affect semen quality: a review. Andrology, 3:450–461 doi:10.1111/andr.12024.
7.    Williams MA1, Zingheim RW, King IB, Zebelman AM. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7. Omega-3 fatty acids in maternal erythrocytes and risk of preeclampsia. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7.
8.    M. Roqueta-Rivera, T. L. Abbott, M. Sivaguru, R. A. Hess, M. T. Nakamura. Deficiency in the Omega-3 Fatty Acid Pathway Results in Failure of Acrosome Biogenesis in Mice. Biology of Reproduction, 2011; 85 (4): 721 DOI: 10.1095/biolreprod.110.089524
9. Harris MA. Implementation of evidence based recommendations for omega 3 docosahexaenoic acid (DHA) in pregnancy. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN.
10. Lammi-Keefe CJ. Nutrition’s role in successful pregnancy outcome: omega-3 fatty acids. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 

  


No comments:

Post a Comment