Pages

Tuesday, January 16, 2018

Omega-3 Lemak yang Menguruskan


Asid lemak Omega-3 adalah LEMAK yang tidak MENGGEMUKKAN

Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia, seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi.  Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?
Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini!


Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat 


Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan.  Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia:

• Meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari.1
• Meningkatkan kadar pembakaran lemak.1
• Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.1
• Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita. 2,3

Menyeimbangkan Rasa Kenyang


Dua hormon utama - ghrelin, dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan:
  •  Meningkatkan rasa kenyang - anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan. 2,4

Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat 

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan:

  • Meningkatkan kepekaan insulin badan - semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak. 5,6

Mengurangkan Tekanan

Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.
Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia
adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.7


Rujukan:
1.   Singh M. Essential fatty acids, DHA and human brain. Indian J Pediatr. 2005 Mar;72(3):239-42.

2.   Judge MP, Harel O, Lammi-Keefe CJ. Maternal consumption of a docosahexaenoic acid-containing functional food during pregnancy: benefit for infant performance on problem-solving but not on recognition memory tasks at age 9 mo. AmJ Clin Nutr. 2007; 85:1572–7

3.   Helland IB, Smith L, Saarem K Et al. Maternal supplementation with very-long-chain n-3 fatty acids during pregnancy and lactation augments children’s IQ at 4 years of age. Pediatrics. 2003 Jan;111(1):e39-44.

4.   Kidd PM. Omega-3 DHA and EPA for Cognition, Behavior, and Mood: Clinical Findings and Structura Functional Synergies with Cell Membrane Phospholipids. Altern Med Rev. 2007 Sep;12(3):207-27.

5.   Nilsson A, Radeborg K, Salo I, Björck I. Effects of supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids on cognitive performance and cardiometabolic risk markers in healthy 51 to 72 years old subjects: a randomized controlled cross-over     

   study. Nutr J. 2012 Nov 22;11:99. doi: 10.1186/1475-2891-11-99.

6.   Molfino, A., Gioia, G., Fanelli, F. R., & Muscaritoli, M. (2014). The Role for Dietary Omega-3 Fatty Acids Supplementation in Older Adults. Nutrients.  6(10), 4058–4072.

7.   Tanaka, K., Farooqui, A. A., Siddiqi, N. J., Alhomida, A. S., & Ong, W.-Y. (2012). Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 20(2), 152–157.

8.   Conklin SM1, Gianaros PJ, Brown SM, Yao JK, Hariri AR, Manuck SB, Muldoon MF. Long-chain omega-3 fatty acid intake is associated positively with corticolimbic gray matter volume in healthy adults. Neurosci Lett. 2007 Jun 29;421(3):209-12.

9.    Chang CY1, Ke DS, Chen JY. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec;18(4):231-41.








Berikut ialah sumber minyak Omega-3 tulen dan berkepekatan tinggi. Klik pada gambar untuk info lanjut.


Omega-3





















No comments:

Post a Comment