Pages

Monday, February 5, 2018

KULIT GEBU DAN LEMBUT DENGAN CoQ10

Kecantikan itu tidak kekal. Sebab itulah kita tidak pernah jemu menjaga kulit siang dan malam, dengan harapan dapat menghapuskan tanda-tanda penuaan. Jangan bimbang, kulit yang cantik boleh menjadi milik kita dengan nutrien yang tepat seperti Coenzyme Q10 (CoQ10). Jumlah antioksida ini tinggi di dalam epidermis dan ia berfungsi untuk melindungi kulit kita daripada pelbagai faktor penuaan seperti sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan banyak lagi.[1] Walaupun badan kita menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, penghasilannya berkurangan sekitar umur 20-an dan pengambilan suplemen CoQ10 sangat digalakkan. [4]




Manfaat Menakjubkan CoQ10 kepada Kulit

Biarlah CoQ10 menjadi rahsia kecantikan terbaik anda supaya kita dapat terus menyerlah dan tampil berseri!


Perlindungan Optimum untuk Kulit Berseri

CoQ10, antioksida yang kuat, melindungi kulit kita daripada mengalami penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan dan tindak balas keradangan[1]. Ia juga meningkatkan perlindungan antioksida kulit[2] dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan bahan pencemar yang boleh merosakkan kolagen dan elastin, yang membawa kepada penuaan pramatang.


Kulit Kelihatan Lebih Muda

Kehilangan kolagen dan elastin menjadikan kulit anda tidak tegang dan berkedut. Alami pengurangan garis halus dan kedut, serta dapatkan kulit lebih licin dan lebih anjal [3] dengan CoQ10 kerana ia membantu mengurangkan penguraian kolagen [4] di dalam kulit.

Meremaja dan Meningkatkan Tenaga
 
Meremajakan kulit yang sedang mengalami penuaan dengan meningkatkan tahap CoQ10 tubuh. Ia memelihara kulit anda dengan menggalakkan pembaikpulihan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang sihat, mengeluarkan toksin, dan menghidupkan semula sel-sel baru dengan lebih efektif.


Dapatkan sumber CoQ10 terbaik anda di sini.


Rujukan

[1]Pandel, R., Poljšak, B., Godic, A. and Dahmane, R., 2013. Skin photoaging and the role of antioxidants in its prevention. ISRN dermatology, 2013.

[2]Knott, A., Achterberg, V., Smuda, C., Mielke, H., Sperling, G., Dunckelmann, K., Vogelsang, A., Krüger, A., Schwengler, H., Behtash, M. and Kristof, S., 2015. Topical treatment with coenzyme Q10-containing formulas improves skin’s Q10 level and provides antioxidative effects. BioFactors, 41(6), pp.383-390.

[3] Žmitek, K., Poga-nik, T., Mervic, L., Žmitek, J. and Pravst, I., 2017. The effect of dietary intake of coenzyme Q10 on skin parameters and condition: Results of a randomised, placebo-controlled, double-blind study. BioFactors, 43(1), pp.132-140.

[4] Inui, M., Ooe, M., Fujii, K., Matsunaka, H., Yoshida, M. and Ichihashi, M., 2008. Mechanisms of inhibitory effects of CoQ10 on UVB-induced wrinkle formation in vitro and in vivo. Biofactors, 32(1-4), pp.237-243.





No comments:

Post a Comment