Pages

Tuesday, April 3, 2018

5 LANGKAH TAMBAH MELATONIN SEMULAJADI



Kekurangan melatonin yang dihasilkan oleh kalenjar pineal yang jauh di dalam otak untuk merangsang rasa mengantuk dan tidur cukup berbahaya. Sama ada anda mahu atau tidak mahu, ia perlu hadir di dalam tubuh. 


Menyentuh tentang tuntutan tubuh ke atas keperluan ini biasanya badan menghasilkan antara 5 dan 25 mcg (mikrogram) melatonin setiap malam, sebagaimana yang dicatatkan dalamm buku yang bertajuk 'Melatonin'. Namun, jumlah ini semakin berkurang seiring umur anda dan aktiviti harian yang boleh membawa kepada kegelisahan dan masalah tidur. 

Walaupun anda boleh mengambil makanan tambahan Melatonin dalam bentuk pil, tidakan ini tidak digalakkan kerana ia perlu mendapatkan nasihat pakar bertauliah terlebih dahulu. Lebih selamat jika anda cuba dengan cara semulajadi agar keperluan ke atas Melatonin dapat dipenuhi. Terdapat pelbagai perubahan gaya hidup yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan jumlah Melatonin. 

Langkah 1 

Meningkatkan jumlah pendedahan tubuh kepada sinaran matahari terutamanya pada waktu pagi. Anda boleh memilih samada untuk banyakkan berjalan di taman dan jadikan ia sebagai rutin wajib setiap awal pagi rutin anda sebaik sahaja turun dari katil. 

Langkah 2

Ubah cara tidur. Kalau sebelum ini anda sering kali tidur lambat, selepas ini tidurlah lebih awal. Tutup semua lampu dan berehatlah sepenuhnya. Anda perlu ingat, berjaga lewat malam boleh mengubah pengeluaran Melatonin, membuat anda mengantuk pada siang hari dan lebih peka kemudian pada waktu petang sehingga mengganggu rasa mengantuk anda. 

Langkah 3 

Makan makanan yang kaya dengan nutrien nikotinamida, vitamin B6, kalsium dan magnesium. Niacinamide boleh didapati di dalam sayur-sayuran hijau, ikan, daging merah dan vitamin B6. Selain itu, makanlah banyak bijirin kekacang, ayam belanda, ayam, pisang, keju, sayur-sayuran berdaun gelap dan susu mengandungi kalsium dan magnesium juga ditemui dalam sayur-sayuran berdaun gelap. 

Langkah 4 

Makan buah-buahan seperti pisang, tomato dan ceri yang mempunyai kuasa sama hebat dengan pil Melatonin. Bukan hanya selamat tanpa kesan sampingan, makanan ini mampu membuatkan anada tidur dengan lebih lena. 

Langkah 5 

Uruskan tekanan. Gunakan senaman, yoga, meditasi atau beberapa kaedah lain mengurangkan tekanan. Tahap tekanan yang tinggi boleh menyekat pengeluaran Melatonin.

No comments:

Post a Comment