Wednesday, April 11, 2018

5 TIP PENTING MENGEKALKAN KECERGASAN LELAKI

LELAKI, BERHENTI BUAT PILIHAN TIDAK SIHAT.



Sejarah menunjukkan rata-rata wanita hidup dua hingga tiga tahun lebih lama berbanding lelaki. Golongan Adam juga mudah terdorong untuk merokok, minum minuman keras, membuat pilihan tidak sihat, atau yang berisiko dan 'liat' dalam membuat pemeriksaan kesihatan serta rawatan perubatan. 


Berdasarkan statistik penyakit jantung, strok dan kanser tertentu, seperti peparu, kolon dan prostat lebih berisiko untuk dihidapi oleh golongan lelaki. 

Dengan fakta ini dan pelbagai lagi, amat penting bagi lelaki untuk memberikan perhatian yang lebih kepada kesihatan mereka. 

Presiden Persatuan Kesejahteraan Malaysia, Datuk Dr. Rajbans Singh berkata, lelaki sekitar umur 45  tahun berkemungkinan mengalami penurunan tahap testosteron yang membawa kepada kekurangan androgen yang dipanggil andropaus atau 'menopaus lelaki' yang kini telah dikesan dengan kekerapan yang lebih tinggi. 

Katanya, penurunan testosteron bolwh menjejaskan banyak sistem tubuh termasuk perkembangan seksual lelaki, perilaku seks, fungsi erektil dan seksual, pembentukan tulang, lipid, dan metabolisme karbohidrat, jisim otot, kekuatan otot, dan sebagainya. 

Antara simptom andropaus ialah gangguan emosi dan libido yang berkurangan. Penggunaan androgen menjadikan lelaki lebih bertenaga apabila keadaan hypogonadal diperbetulkan. 

Peningkatan kesihatan yang dialami mungkin termasuk ketenangan emosi, corak tidur yang lebih baik, penurunan perasaan takut dan kesedihan, peningkatan keinginan seks dan kurangnya rasa letih dan mengantuk. 

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pembangunan dan Penyelidikan yang juga Ketua Pegawai Sains, Shaklee Corporation, Dr. Bruce Daggy berkata sehingga kini terapi hormon lelaki telah menunjukkan kesan mendadak dalam mengurangkan simptom dan mengembalikan kesihatan, potensi dan kecergasan lelaki. 

Katanya, walaupun berkesa, terapi hormon lelaki juga mempunyai risikonya, jadi berunding dengan doktor anda untuk nasihat terbaik. 

Langkah- langkah pengurusan lain termasuklah mengurangkan peningkatan tahap pestradiol dan meningkatkan tahap testosteron melalui pemakanan, senaman dan suplemen, seperti zink dan vitamin C. 

"Pendekatan holistik terhadap kesihatan yang lebih baik adalah melalui kombinasi makanan seimbang, senaman, bagi mengekalkan berat optimum dan pengambilan suplemen secara bijak. 

Ini merupakan cara utama untuk menangani gejala andropaus terutama sekali pada peringkat permulaan", katanya. 

5 TIP PENTING MENGEKALKAN KECERGASAN LELAKI 

  • Mengurus tekanan dan tidur. 
Tidak seperti wanita, lelaki cenderung untuk menyembunyikan perasaan mereka. Lelaki dan wanita meluahkan perasaan secara berbeza. Carilah masa untuk bersantai, lakukan perkara yang boleh menenangkan diri dan fikirkan sesuatu yang boleh membawa anda keluar daripada keadaan tertekan. Dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap hari.
  •  Pemeriksaan kesihatan secara berkala 
Jangan ambil ringan nasihat doktor, sebaliknya lakukan pemeriksaan seperti yang dijadualkan.

  •  Berhenti merokok 
Merokok dikaitkan dengan banyak penyakit yang berbeza. Simpan pemetik api anda dan lakukan perubahan.

  • Senaman dan kekalkan berat badan ideal. 
Kita jadikan senaman kardio wajib untuk anda setiap hari kerana dapat memberi manfaat kepada kesejahteraan fizikal dan emosi.

  • Amalkan pemakanan yang kaya dengan fitonutrien, serat, lemak yang baik dan asid amino. Anda pengikut diet semasa? Cuba Okinawan dan diet Mediterranean. 
Sumber Shaklee Malaysia

Dapatkan suplemen lelaki di sini.

No comments:

Post a Comment