Pages

Monday, April 30, 2018

BAGAIMANA TEKANAN MEMPENGARUHI PENYUSUAN?




Bagaimana tekanan mempengaruhi penyusuan?

Kita sering mendengar stres tidak bagus bagi penyusuan. Ia merencatkan hormon Oksitosin dan melambatkan reflek ejeksi susu. Walaupun begitu, penyusuan masih dapat diteruskan.

Nenek moyang kita semenjak zaman purba sudah melalui pelbagai bentuk tekanan dalam kehidupan. Tekanan kehidupan, bencana alam dan kekurangan bahan makanan adalah sebahagian daripadanya.

Namun mereka masih berjaya menyusukan anak mereka. Sekiranya tidak, spesis manusia tidak akan kekal sehingga ke hari ini. Penyusuan susu ibu diciptakan sebagai satu mekanisme kehidupan manusia.

Walaupun pada satu tahap, tekanan mungkin membantutkan penyusuan ibu, tetapi ia bukan satu sebab yang kuat bagi menghentikan penyusuan. Tekanan tidak akan menyebabkan penghasilan susu terhenti. Susu masih dihasilkan dan dikumpulkan di dalam payudara.

Cuma apabila stres menguasai ibu, hormon oksitosin terencat dan susu sukar dikeluarkan daripada payudara.

Ibu perlu mengetahui kaedah-kaedah bersesuaian bagi mengurangkan tekanan dan meneruskan penyusuan susu ibu.


No comments:

Post a Comment