Pages

Friday, April 20, 2018

BOLEHKAH MINUM KOPI SEMASA PENYUSUAN?



Bolehkah minum kopi semasa menyusukan anak?

Bahan aktif di dalam kopi adalah kafein dan ia boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Tetapi, ibu-ibu jangan khuatir, kuantiti yang tersalur di dalam susu ibu cuma 0.06%-1.5% daripada apa yang dikesan di dalam darah ibu.

Ia adalah kuantiti yang sedikit dan tidak memberi kesan sampingan kepada bayi yang sihat dan normal.

Kajian terhadap pengambilan kopi dan penyusuan:

1. Tiada kesan kepada degupan jantung dan tempoh tidur bayi walaupun ibu meminum 5 cawan kopi selama 5 hari berturut-turut. Kajian ini hanya terpakai untuk bayi normal yang cukup bulan. Bayi pramatang mungkin menunjukkan kesan sampingan yang berbeza. Fakta ini diambil daripada buku teks Breastfeeding and Human Lactation (2010).

2. Ibu yang meminum kopi lebih daripada 3 cawan sehari (bergantung pada kandungan kafein di dalam minuman itu), kandungan zat besi di dalam susu ibu mungkin berkurangan. Ini berlaku terutamanya pada minggu-minggu awal penyusuan ibu.

Walau bagaimanapun, meminum kopi secara sederhana adalah lebih baik. Ibu menyusu pasti mengetahui mana yang lebih baik untuk dirinya dan bayi. Peka terhadap perubahan bayi sebelum membuat keputusan mahu mengambil ataupun memberhentikan sesuatu pemakanan.

Dapatkan set penyusuan di sini.

No comments:

Post a Comment