Pages

Saturday, April 14, 2018

DIET IKAN TINGAT IQ ANAK



Dianggarkan 70 peratus jenis kecacatan serius berlaku ke atas bayi di dalam kandungan termasuk terencat akal dan cacat anggota boleh dicegah. 


Kecacatan yang berlaku di dalam otak dan saraf tunjang boleh berlaku dalam tempoh beberapa minggu pertama selepas persenyawaan. 

Ketika doktor dan ibu bapa menyedari bayi yang dikandung mengalami kecacatan, mungkin ketika itu keadaan sudah terlambat. 

Saintis Penyelidikan Shaklee Corporation (USA), Dr. Sonhee Park, berkata risiko kecacatan bayi dalam kandungan boleh dikurangkan melalui amalan pemakanan sihat sebelum dan semasa hamil. 

Kata beliau, diet sihat membantu janin membesar dengan lebih sihat selain menyokong perkembangan mental, kognitif serta penglihatan bayi. 

"Risiko kecacatan kelahiran yang serius boleh dicegah dengan mengambil asid folik atau vitamin B9 yang optimum", katanya pada sesi meja bulat bertajuk 'Kesuburan dan Kehamilan: Kebenaran dan Mitos' yang dianjurkan pengeluar makanan tambahan, Shaklee baru-baru ini. 

Bijirin diperkaya asid folik

Kekurangan vitamin B9 semasa hamil didapati meningkatkan risiko seperti spina bifida dan kecacatan serius pada otak, saraf tunjang dan jantung. 

Pada tahun 1998, kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan semua bijirin yang diperkaya perlu ditambah dengan asid folik bagi menurunkann kadar kelahiran cacat dalam kandungan penduduknya. 

Langkah itu ternyata membuahkan hasil apabila kadar kecacatan kelahiran berkurangan di negara berkenaan. 

Kementerian Kesihatan Malaysia pula menyarankan ibu hamil mengambil 600 mikrogram (mcg) asid folik, 4.5 mcg vitamin B12 dan 200 mcg iodin sehari. 

"Nutrien seperti iodin meningkatkan kesuburan dan perkembangan minda janin dan mengurangkan risiko keguguran, kecacatan dan kelahiran tidak cukup bulan. Mengambil garam yang ditambah iodin meningkatkan IQ bayi dan menjadikan mereka lebih pintar tetapi perlu berhati-hati dengan kuantiti  garam yang dimakan," katanya. 

Bijak pilih ikan 

Diet ikan dalam sajian meningkatkan Asid Docosahexaenoic (DHA), penting untuk mendapatkan anak pintar tetapi sesetengah ikan mungkin tercemar dengan plumbum dan merkuri atau bahan toksik lain. 

Ikan yang perlu dielakkan semasa hamil ialah ikan tenggiri, ikan todak, ikan yu, dan ikan tuna mata besar kerana mengandungi merkuri yang tinggi. 

Pilihan ikan yang baik ialah kerapu, ikan merah, siakap, tuna sirip kuning, ikan keli, tilapia, sardin, ikan bilis dan hidupan laut seperti ketam, kapis, tiram, udang, dan sotong. 

Bayi memerlukan lebih banyak DHA sehingga usia mencecah dua tahun dengan jumlah 8000 milimol/liter untuk meningkatkan minda. 

Bagaimanapun, ikan yang dicemari merkuri meninggalkan kesan negatif ke atas sistem saraf, khususnya perkembangan otak janin. 

Info  

Kepentingan nutrien untuk pra-kehamilan dan ketika hamil. 
1. Asid Folik

  • Cegah kecacatan bayi 
  • Cegah anemia (kekurangan darah)
2. Vitamin C

  • Kulit, rambut dan kuku. 
  • Meningkatkan imunisasi.
  • Bersifat antioksidan. 
  • Penyerapan zat besi.
3. Zat besi

  • Mencegah anemia.
  • Menyalurkan oksigen kepada sel. 
4. Protein

  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin/uri. 
5. Iodin

  • Mengawal kadar metabolik. 
  • Memberikan kesan ke atas kesuburan wanita. 
  • Mencegah goiter / pembesaran kalenjar tiroid / hypertiroidisme. 
  • Pertumbuhan dan pembangunan minda.
  • Mencegah keguguran, kelahiran pramatang, dan kematian bayi. 
  • Makanan kaya iodin: makanan laut, garam yang ditambah iodin dan seaweed. 
6. Kalsium 

  • Fungsi tubuh normal.
  • Tulang dan gigi sihat. 
7. Vitamin D 

  • Merangsang penyerapan kalsium.
  • Imunisasi.
  • Emosi.
8. Asid lemak

  • Perkembangan otak dan mata. 

Dapatkan suplemen untuk ibu yang merancang hamil dan sedang hamil di sini.

No comments:

Post a Comment