Pages

Thursday, April 19, 2018

RELEVAN JARAKKAN KEHAMILAN


Ramai yang marah apabila dinasihatkan pakar O&G untuk menjarakkan kehamilan. Malah tidak kurang juga yang menganggap perkara itu sebagai menolak rezeki dan ketentuan Tuhan. Walhal, kesan tidak menjarakkan kehamilan adalah lebih berisiko kepada tubuh badan sendiri.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan semua ibu mengandung tidak kira apa kaedah bersalin supaya menjarakkan kehamilan dalam tempoh 2 tahun. Ia sebagai langkah persediaan tubuh badan ibu untuk menghadapi kandungan akan datang. 

Tempoh ini juga didapati dapat mengurangkan komplikasi semasa mengandung seperti kurang darah (anemia), bayi tidak cukup bulan, bayi dalam kandungan yang tidak membesar dengan baik, risiko meroyan selepas bersalin dan lain-lain lagi. 

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, mereka digalakkan menjarakkan kehamilan bagi tempoh minimum dua tahun atau lebih lama untuk memastikan parut luka di rahim menjadi kuat bagi mengurangkan risiko rahim pecah semasa kandungan baru. Jarak kehamilan ini adalah penting untuk ibu yang ingin mencuba bersalin secara normal selepas satu pembedahan Caesarean. 

Terdapat kajian yang mengatakan jarak kandungan kurang daripada 18 bulan mempunyai risiko rahim pecah adalah lebih tinggi dan mempunyai kadar bersalin secara normal yang lebih rendah berbanding dengan jarak kandungan 60 bulan. 

Meskipun ramai yang tahu hakikat itu, namun masih ada yang mahu menambah bilangan anak dalam tempoh yang dekat. 

Keputusan untuk mengulangi pembedahan Caesarean tidak boleh diambil mudah oleh kedua-dua ibu dan pakar. Kaunseling yang menyeluruh perlu dilakukan supaya keputusan yang dibuat turut mengambil kira semua kebaikan dan juga risiko menjalani pembedahan semula.

Dapatkan info set suplemen kehamilan di sini.

No comments:

Post a Comment